Fresh from the owner...

17 August 2011

Ramadhan yang paling saya suka dan ingati sampai bila-bila...



sebenarnya, setiap kali ramadhan menjelma, ia sentiasa jadik ramadhan yang akan kita ingati sampai bila-bila pun kan? tak kira daripada zaman kita kecik sampai dah ada anak sekalipun. setiap kali sambut ramadhan pasti suasananya berbeza. masa kecik macam ni. dah besar sikit macam tu. masuk U macam ni pulak. dah kawin macam-macam. ada anak lagi la bertambah rencamnya.

masa aku kecik-kecik dulu memang seronok sambut ramadhan. macam budak-budak sekarang la. bezanya dulu, setiap kali ramadhan kita orang akan berbasikal keliling kampung. boleh lepak-lepak rumah member sampai malam tanpa rasa takut. tak macam sekarang. budak-budak sekarang banyak lepak depan rumah je. tak semeriah dulu. banyak faktor yang mendorong kenapa jadik macam tu.

kalau dulu, setiap rumaha akan pasang pelita. bukan setakat pasang tapi siap buat decoration lagi. macam-macam bentuk boleh tengok. memang cantik dan kreatif la anak-anak muda zaman aku dulu. sekarang ni bukan tak ada orang pasang pelita cumanya suasana tu tak sehebat dulu. tak payah pergi jauh-jauh la. anak-anak buah aku pun bukan rajin sangat pasang pelita. setakat dua tiga kerat tu ada la. kalau aku la... keliling rumah letak pelita. siap letak kat pokok kelapa lagi.

bukan setakat pelita yang dibeli. yang dibuat daripada buluh pun ada. hah, ko ada?! abang aku la rajin buat pelita daripada buluh tu. satu batang boleh dapat dalam tiga empat sumbu. bergantung kepada berapa panjang buluh tu yang korang nak. lagi satu, zaman aku dulu... minyak tanah murah je. tak macam sekarang. satu botol cuka tu saja dah cecah 4 ke 5 ringgit. macam mana nak berpelita sepanjang ramadhan ni? memang tak dapat kalau semata-mata nak bazirkan kat minyak tanah je duit tu.



my foot: seronok jadik budak-budak kan? tak payah nak fikir apa-apa. fikir nak raya je. hehehe...

pic godek2 kat Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Betul! Betul! Ina setuju!! Zaman skarang x mcm zaman kita dulu2 mak abah xriso nk lepas main dkt luar sbb bahaya dulu x mcm bahaya skrg kan? Skrn anak blk dr kelas tmbahan sekolah pun boleh hilang kan dear?! Risau sgt2 dgn dunia skrg.. Apapun zaman budak2 yg plg indah & meriah..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign