Fresh from the owner...

25 August 2011

Nak beli ke tak? Abah je la belikan ek...

tadi encik suami sms bagitahu yang dia dah bank-in kan some amount of money untuk kegunaan aku dan anak-anak. dia kan tak ada dengan kami. jadik apa-apa urusan aku kena settlekan sendiri. katanya jugak, beli la baju raya anak-anak. aku dah belikan sepasang seorang. Azfar je aku beli dua pasang. sebabnya ada baju yang still brand new dan ada jugak yang tak pernah pakai lagi. lagi pulak, tak banyak pilihan ada kat sini. semuanya yang biasa-biasa je.

sebab encik suami tak tahu balik bila, aku mintak dia survey dekat KipMart baju dan seluar anak-anak. aku suka ke KipMart time nak raya ni sebab banyak pilihan. tambahan pulak tempat tu dah ditukar ke bangunan baru untuk lebih selesa. branded items bukan style aku tapi lebih kepada citarasa encik suami. even yang tak ada brand pun aku pakai. tapi encik suami lain sikit. bukan tak boleh pakai tapi gatal kulit nanti kalau pakai selesa dengan kualiti kain kot. 


pagi ni ingat nak ke kedai pakaian baby. malam yang aku keluar beli kain pasang tu, aku ada lalu depan kedai tu. kebetulan pulak, sebelum sampai ke mydin kena lalu depan kedai tu dulu. kat situ terhimpun la branded items untuk kiddies. dan ada sales. 50% pun ada. macam best je. aku nak carikkan baju untuk Azfar sebab encik suami tak boleh nak agak size badan dia yang bambam tu. aku cuma mintak dia carikkan untuk anak dara dia yang dua orang tu je la. size dada aku dah bagi. panjang baju tak kisah sangat.

pesan aku pada dia, tak apalah besar sikit. boleh pakai lama. tak ada la nak pakai kejap je. pastu kena simpan dalam kotak sebab tak muat. Azfar dah tentu tak boleh nak pakai baju his sisters. gila apa nak pakai baju si kakak yang dua orang tu. Anis boleh la pakai baju Alya. dan Azfar boleh jugak pakai kalau baju tu t-shirt untuk unisex. jadik abah carikkan baju kaler biru firus untuk anak-anak dara tu ek?! tak ada biru firus, light blue pun jadi la sebabnya raya kedua kita punya theme mungkin blue/maroon/light brown. kalau light brown dengan biru... ibu dengan Azfar dah ada baju. tapi Kak Long dengan Kak Ngah tak ada lagi.

tapi kalau tak jumpa pun tak apa. kita pakai je apa yang ada kan? janji first raya, baju kurung dengan baju melayu dah siap sedia sebab ini first raya Azfar. ada jugak yang menemankan abah pakai baju melayu. alhamdulillah...




my foot: lapar pulak la perut ni. ingat nak makan la kejap lagi. sahur awal sikit la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. izan pernah 2 kali g kipmart satu kat kota tinggi then satu lagi masai..yg kat masai tu dah pindah tmpt baru depan kfc. anis dk mana ek?

    shopping last minit ni best jugak sebab mood raya lagi byk kan hehe

    ReplyDelete
  2. suami sis outstation yea? waa bagus la sis, berdikari. xpayah tunggu2 kan?..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign