Fresh from the owner...

17 August 2011

Mengantuk dan sedikit lapar...


ingat tadi nak makan bubur kacang yang aku masak untuk berbuka. tapi bila dah layan anak-anak, aku tertidur. kemudian terkejut dengan batuk si Anis. macam biasa, aku detect ada yang tak kena dengan semek kecik ni. dia pantang dicuit. menangis je. tambah pulak bila malam tadi dia muntah lepas batuk.

mesti kes tak sihat ni. memang betul pun. dia kejap-kejap jaga. mintak masuk buai la... nak tidur atas tilam... nak air masak. nak buai semula. nak ibu dan segala macam ragam lagi. lepas tu dia menggigil. rasa badan dia macam dedar sikit. alahai... nak demam semula ke? bila cuaca tak menentu ni, kesihatan anak-anak pun jadik tak menentu jugak.

ini pun dia baru tidur. dan mata aku jangan cakaplah. dah nampak lebih daripada double tulisan ni.



my foot: kena makan jugak bubur kacang ni. kalau tak teringat-ingat pulak nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign