Fresh from the owner...

24 August 2011

Lailatul Qadar yang kita cari penanda Ramadhan akan berakhir...

hari ni ke-24 Ramadhan. sekejap je kan masa berlalu. dah nak habis dah bulan Ramadhan ni. hati pulak rasa sayu je tiap kali Ramadhan sampai ke penghujungnya sebab tak tahu bila lagi akan berjumpa. tahun depan? belum tentu. banyak ke amalan tahun ni? entah. kalau kata banyak sangat tu, memang tipu la. kalau kata sikit... takkan la sikit sedangkan Ramadhan datang setahun sekali.

10 malam terakhir memang malam yang dinanti-nantikan. tapi tak semua orang bertuah bertemu dengan malam istimewa tu. teringat pulak sms daripada kawan aku. dia kebetulan dah start 'bercuti' daripada puasa. rugi katanya miss 10 malam terakhir. tapi nak buat macam mana. bukan kita mintak. dah itu memang fitrahnya. 'bercuti' tak bermaksud tak boleh buat amal ibadat yang lain. masih boleh berzikir kan?

tadi masuk blog juneaina. aku tertarik ddngan entrinya pasal Ustaz Amin. jadik nak quote sikit la bahagian yang menarik perhatian aku tu. perkongsian bersama kan?

2. Bagi ibu-ibu yang keuzuran menjelang 10 malam terakhir, tidak perlu merasa runsing kerana rahmat Allah (s.w.t) sangat luas. Janji Allah (s.w.t) pahala amalan kita di malam lailatul qadar adalah bersamaan 1000 bulan. Makanya ibu-ibu akan mendapat pahala bangun malam menyusukan anak sebanyak 1000 bulan, pahala tukar langsir sebanyak 1000 bulan dan pahala masak sahur selama 1000 bulan.

Makanya perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan, demi mengejar pahala 1000 bulan. Apa-apa juga amalan kebaikan kita dari waktu magrib sehingga menjelang subuh besoknya akan digandakan menjadi 1000 bulan. Bayangkanlah sekiranya kita berqiamullail di malam lailatul qadar seolah-olah kita telah berqiamullail selama 1000 bulan. Wallahuaqlam...

hebatnya malam Lailatul Qadar tu kan? mana-mana mommies yang dah 'bercuti' tu jangan khuatir. masih banyak amalan yang boleh kita lakukan. 



my foot: sangat bersyukur jadik ibu dan semoga amalan yang kita lakukan diberkati ALLAH SWT adanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Alhamdulillah!! Allah swt beri peluang utk kita jd seorg ibu.. ;)

    ReplyDelete
  2. makin berazam nak berjaga malam, makin melekat mata macam kena gam iskhhhh...

    ReplyDelete
  3. Beruntung manusia yg bergelar ibu. Walaupun penat,tapi pelbagai ganjaran Allah janjikan...sama2 kita ke arah itu =)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign