Fresh from the owner...

26 August 2011

Kesinambungan Fadhilat Surah Al-Fatihah...

Air Fatihah

Ibnu Abas r.a mennyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakannya sebanyak 40 kali dalam satu bekas. kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan kedua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuhlah penyakitnya.


Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut. setelah itu bacakan doa ini:

Ya Allah, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah, lindungilah kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah, pulihkanlah kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaAllah akan sihat.


Melepaskan Dari Terikat Atau Belenggu

Apabila seseorang itu terikat atau terbelenggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan ke atas ikatan atau belenggu itu. InsyaAllah akan terurai ikatan atau belenggu tersebut dan dengan izin Allah terlepas.


Pendinding Masa Tidur

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala dia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian dia membaca Qulhuallah 3 kali, surah al-Falaq sekali dah surah anNas sekali, terselamat dia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidur.


Penerang Hati

Jika dibacakan Fatihah:
70 kali sehari selama 7 hari pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan ke dalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang cerdas otaknya sama ada dia bebal, bodoh atau gelap hati.
InsyaAllah akan dibukakan Allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.


Untuk Sampai Hajat

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:
“Sesiapa ada hajat, hendaklah dia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib. jangan dia bergerak dari tempat duduknya sehingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut.”
Setelah itu bermohonlah ia kepada Allah akan hajatnya, insyaAllah akan di makbulkan.



my foot: masih ada lagi ye. untuk jadikan panduan betapa besar fadilat membaca Al-Fatihah.

sumber: scripters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign