Fresh from the owner...

14 August 2011

Kesinambungan daripada Azfar tak jadi cucuk 3 bulan...


okay sambung cerita pasal Azfar tak jadik cucuk 3 bulan tu ek. misi yang dok membebel tu bekalkan ubat demam untuk Azfar. ubat demam last month pun ada lagi. dah diberi, aku ambik je la. keluar je daripada KKIA terus ke OPD sebab bangunan dia orang sebelah menyebelah je.

alhamdulillah... kat OPD tak ramai orang. member aku time sekolah dulu pun ada kerja kat situ. jadik misi jugak. dia la dok tolong aku hari tu. kebetulan encik suami tak ada. me and the kids je la yang pergi.. dah pergi bilik saringan kena tunggu turn untuk Alya dengan Anis. Azfar dah sah-sah kena jumpa doc sebab MA tak handle baby. dan pemberian ubat pulak mengikut kata MA tu dah ada rules and regulations baru. kids bawah 2 tahun tak boleh dapat ubat batuk or selesema (macam la aku bagi budak-budak ni makan pun) ye. hehehe...

selalunya anak-anak akan tolak makan ubat hospital. tak sedap. aku ada cakap kat kawan aku tu pasal Azfar kalau menyusu or bila batuk je muntah. dia orang kat situ kata bagus la. buang kahak tu. tapi pesal misi kat KKIA macam kecoh je kalau baby muntah. kembung la... sejuk perut la. tak ada pulak dia cakap elok. pening aku dengan misis-misis ni.

reason aku bawak Azfar jumpa doc walaupun aku tahu baby takkan dapat ubat melainkan ubat demam (doc yang checked azfar masa dia sebulan bagi ubat cairkan kahak melebihi dos yang mana orang farmasi tu siap mengata kat doc tu lagi dan atas nasihat encik suami, aku tak bagi pun Azfar makan ubat tu) je sebab nak check on his lungs. cukuplah Anis seorang je ada masalah pneumonia.

doc kata lungs dia okay (mengingatkan aku masa kes Anis doc pun kata macam tu jugak and ended up dalam ICU for 10 days) je cuma ada kahak sikit. kalau dia breathing fast dengan semput... sila refer balik ke hospital dengan kadar yang segera. okay la doc kalau macam tu. saya balik dulu la...




my foot: kadang-kadang doc ni buat sambil lewa je kerjanya. tahu la kerja kerajaan tak kaya mana. tapi kerja tu kan amanah. huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. sian Azfar sakit..semoga cepat sembuh yea..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign