Fresh from the owner...

01 August 2011

Kesilapan kerap dilakukan dalam bulan Ramadhan...

aku terbaca tentang ini di Zaharuddin.net tadi. kita puasa tapi kadang-kadang kita tak memanfaatkan bulan yang mulia ni. ada masanya kita tak buat pun apa yang sepatutnya kita buat kan? jangankan orang lain, aku pun sama. iye la... kita bukannya sesempurna mana. tapi ada perkara yang perlu kita ambil perhatian.

jom tengok apa kata Ustaz Zaharuddin. aku cuma petik main pointnya saja. kalau nak baca lebih lanjut tentang isu yang dikupas ini, kamu boleh terus ke SINI. tak payah bayar. free of charge je sebab ilmu yang ada untuk dikongsi bersama kan?


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.




my foot: kadang-kadang lupa. kadang-kadang leka. hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Bagusnya info mcm ni, selamat berpuasa!!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign