Fresh from the owner...

18 August 2011

Kenangan Ramadhan masa di PPP/UiTM aka iNTEC...

aku tiba-tiba tak sure sama ada ni kelas Bronte ataupun D6 dengan Mr. John Greig
tak boleh letak pic housemates sebab ada yang dah bertudung...

first puasa dengan member-member memang jadik kenangan jugak la. biasa berbuka, bersahur dengan family. alih-alih masa belajar, kawan-kawan je ada untuk temankan. mana-mana yang duduk area Shah Alam tu selalunya balik la kejap. family datang ambik. yang jauh-jauh macam aku ni takkan nak balik jugak kot. gila apa nak balik semata-mata nak bersahur dengan family.

kawan-kawan aku pulak jenis poyo dan auta semata-mata. kenapa? ye la... aku walaupun tak duduk dengan family tapi still tak boleh nak missed sahur. memang akan bangun jugak untuk sahur tu. dah jadik habit kot. kalau tak makan sekalipun, minum. tapi jarang sangat la kalau tak makan tu. dan biasa jugak dekat hostel section 18 ni, waktu sahur budak-budak perempuan awal. dalam pukul 12.30am. maksudnya dalam tempoh tu sama ada nak keluar makan or tapau makanan, dipersilakanlah.

lepas tu turn budak-budak lelaki pulak. memang tak boleh keluar serentak. dah itu rules and regulationsnya. aku pulak jarang keluar beli makanan. cuma sediakan stok bubur maggi tu la. masak dalam rice cooker or smart cooker. dah boleh buat sahur. eh... terlebih sudah! kenapa aku cakap kawan-kawan aka housemates aku tu auta? sebelum tidur, masing-masing pesan kat aku kejutkan dia orang. nak bangun sahur jugak katanya. bila sampai waktu, aku kejut bangun... memang sorang pun tak bangun. macam-macam alasan la dia orang bagi. hangin betul la. in the end biasanya jugak aku sorang je yang bangun sahur.

esoknya pulak, mula la masing-masing buat-buat tanya kenapa tak kejutkan dia orang. okay la... kalau dah tidur mati tu, tidur mati la jugak. sendiri bagi alasan, sendiri tak ingat ke? apa daa... memang bebudak ni sayang sangat dengan waktu tidur. sebab tu bila kejut, tak ada yang nak bangun. tak apa... tidur je. mimpi indah la ye. dan selalunya jugak, aku akan ditemani dengan bunyi-bunyi motor mat rempit yang dok berpusing je kat roundabout sebelah blok aku tu. blok bersebelahan jalan. kat bahagian belakang tu, sekolah dan hostel pendidikan khas.




my foot: rasa macam rindu je nak ulang balik semua tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ah ah..time berpuasa ngan kengkawan..memang mcm2 kenangan..best...

    ReplyDelete
  2. isk3.mmg akan merindui zaman study dulu. kenangn buka pose. sahur dgn kawan2 sume kan..kenangan sgt..

    ReplyDelete
  3. kenangan lama bersama kawan memang seronok untuk diingati

    ReplyDelete
  4. biasa camtu la kan..? dah gerak sepenuh daya, tau2 boleh marah sebab kacau tido. pastu salahkan kita bila xlarat esoknya. sabar je la

    ReplyDelete
  5. zaman remaja lah kenangan terindah kan...

    sib baik awk pndai jaga gmbo...
    best kan tgok gambo lama semula...

    ReplyDelete
  6. Sweet memories kan dear.. ;) Rindu zaman sekolah dulu.. ;(

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign