Fresh from the owner...

27 August 2011

Kampung awak, kampung saya juga!!!


mungkin ada antara perantau-perantau yang dah start balik kampung semalam kan? mungkin ada yang bertolak hari ni ataupun esok. yang bertolak malam raya pun ada juga. dan paling kesian yang tak dapat balik rayalah. tapi nak buat macam mana. * raya kali ni turn you. next raya, turn I lah pulak. *


pada pasangan yang dah kawen tu, mesti ada giliran tiap tahun kan nak balik rumah siapa, kampung siapa. kalau sekampung tak apa. kalau tak? kena pulak seorang kat pantai timur, seorang lagi kat utara. perh... berpeluh jugaklah dibuatnya! hahaha... jangan gaduh-gaduh. mesti awal-awal dah buat sistem giliran kan? jangan main hentam je nak kampung awak je setiap tahun. tapi kampung saya langsung tak nak balik. tak boleh macam tu. kecualilah kalau dapat persetujuan isteri. kalau tak, ada jugak yang bermasam muka sebelum dan jugak di pagi raya.

aku setiap tahun beraya kat Terengganu kecuali tahun kedua kawen. itu la first time beraya dengan family aku kat negeri berjiran dengan Terengganu ni. itu pun aku request. petang raya tu terus balik Terengganu. aku dengan encik suami pun tak pernah la nak gaduh-gaduh tiap kali nak raya nak pilih nak balik kampung siapa. sebabnya, aku tak kisah pun balik Terengganu beraya. seronok jugak. lagi pulak bukan selalu dapat balik. sepanjang puasa aku dengan anak-anak habiskan masa kat kampung aku. tiap tahun macam tu. raya balik sana la pulak. lagipun, encik suami anak lelaki sulung. tanggungjawab dia lebih pada keluarga sendiri.

perjalanan daripada rumah aku ke kampung encik suami pun bukan makan masa sampai 7-8 jam. 4 jam (kalau line clear 2 jam 1/2 dah sampai) je. tapi dekat nak raya ni jalan mungkin jam sikit. semua orang nak balik. semua orang nak langgar undang-undang jalan raya. kena pulak yang perjalanan still jauh. memang memotong tak hingat dunia. ingat nak cepat sampai je. attitude macam tu la yang selalu undang padah. kita rasa kita dah berhati-hati dah. tapi kena ingat... cegah sebelum hilang ahli keluarga. kecuali kalau dah memang ajalnya dekat situ. memang kita tak boleh nak buat apalagi dah.

pada yang dah mula nak balik kampung tu, BERHATI-HATI la di jalan raya. drive elok-elok. ingat la yang kita ni nak balik jumpa orang yang kita sayangi. dan yang ada dalam kereta tu pun orang yang kita sayangi jugak. yang mana bawak motor tu, jangan hentam je bawak motor. ingat sikit, helmet pun tak dapat nak cover bahagian body lain yang terdedah kalau accident. take care everybody!!!




my foot: bila la nak start packing baju ni? malas betul rasa. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. have a safe jouney ya,drive hati-hati.and...selamat hari raya buat anisalya sekeluarga,enjoy ur day.... :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign