Fresh from the owner...

02 August 2011

Kali ni meragam teruk pulak Anis...


hari ni memang tak dapat nak update blog. nak bukak laptop pun susah sebab Anis meragam je. selalunya dia la yang paling susah nak meragam. demam pun still maintain. biasanya yang meragam tu Alya. tapi kali ni terbalik la pulak. layankan aje la karenahnya.

daripada dia start tidur sampailah ke waktu sahur... kejap-kejap dia bangun. nak tidur bawah la. kejap mintak buai. gilir-gilir macam tu la. belum kira bab dia merengek, menangis bagai. dapat lelap mata untuk 10 minit tu pun dah dikira rahmat.

disebabkan badan dia panas, aku letak tuala basah kat kepala dia. lupa nak beli kool fever. lagi  pun, daripada kool fever baik guna je air yang dibaca Al-Fatihah tujuh kali. guna ayat Quran lagi baik. selalunya pun macam tu la. tapi yang bacakan Al-Fatihah tu encik suami. tapi dah dia tak ada, aku la kena uruskan sendiri.

dah bacakan surah Fatihah pada air tu, jangan pulak letak merata-rata sampai anak boleh langkah. dah baca tu letak la kat tempat yang anak-anak tak boleh nak capai. kita baca kalam Allah pada air tu, takkan la nak langkah sewenang-wenangnya pulak kan? eceh... membebel la pulak!!! hehehe...

during the daytime, aku ambik masa untuk tidur. tak dapat lama, sekejap-sekejap pun jadik la. kalau tak tidur, lagi teruk pulak nanti. mujur jugak lepas solat subuh dapat la tidur dalam setengah jam. around 10 am, another 15 minutes. nak cover tidur yang cukup memang tak dapek la. kalau ada encik suami baru la aku boleh cover tidur dalam sejam. itu pun belum tentu jugak boleh cover.

tak apalah. nak buat macam mana. dah itu bahagian saya. terima sajalah dengan hati terbuka. lagi pulak... anak tu sakit. masa kita kecik dulu pun macam tu jugaklah mak kita jaga kita kan? tak tidur malam kalau kita sakit. risaunya Allah je yang tahu. bila dah jadik ibu ni... tau sendiri la macam mana rasanya tu. itu pun ada jugak anak-anak yang tak reti bahasa main campak je mak bapak tu merata-rata.

hopefully my kids tak macam tu la. jadiklah anak-anak yang soleh dan solehah la hendaknya. amiiinnn!!!




my foot: Anis ni pulak kalau demam selalu je tersentak sampai dia sendiri takut kalau dia tersentak. daripada baby lagi dah macam tu. kena la tenangkan dia. at least bila dia tenang, kurang la sikit sentakkan tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. betul tu bila anak sakit risau jer. kena berjaga malam n anak merengek..aduhai anak kecil!hehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign