Fresh from the owner...

24 August 2011

Kak Ngah oh Kak Ngah...


Anis ni pun dah makin petah bercakap. dan sekarang ni makin nakal pulak. suka sangat mengusik Kak Long dia. masa aku dengan encik suami panggil dia adik, dia tak pernah bahasakan diri dia adik. tak macam sepupu-sepupunya. bila parents panggil adik, dia orang tetap bahasakan diri dia orang adik. even cakap dengan Anis yang lagi muda ni pun dia orang bahasakan diri dia orang adik. dan aku pun tak tahu kenapa dia bahasakan diri dia Insyirah dan bukannya adik.

dua tiga bulan jugak nak tukar panggilan adik kepada Kak Ngah bila dah ada Azfar. dah biasa dengan adik, kadang-kadang tersasul jugak panggil adik. Azfar dipanggil adik aby. sekarang ni dah tak panggil adik aby lagi sebab Azfar baby yang bambam. dan sekarang jugak, Anis dah tak gunakan Insyirah lagi. apa-apa pun mesti dia gunakan kata ganti Kak Ngah. cepat jugak adapt dengan pertukaran nama ni.


makin kuat mengusik sekarang ni. tapi dia tak manja berbanding Alya. cuma penakut sikit. cepat gayat. senang sangat nak sakit. tak tahu la kalau senang sakitnya tu disebabkan pneumonia yang dia pernah dapat dulu. aku tak galakkan dia mandi guna shower sebab dia sensitif sikit. kalau tersedut air dari shower tu, akan selesemalah dia. atau mungkin jugak kesan daripada BCGnya tu buatkan antibodi dia lemah. sebabnya, masa bersalinkan Azfar, the nurses bagi full info tentang ubat dan injection yang baby dapat. dan sebab dan akibatnya kalau jadik begitu begini.

baru aku tahu. sedangkan masa dapat dua orang ni... tak ada pulak nurses bagi penerangan apa-apa. dan Anis masa dia dua bulan, BCGnya tu pecah dan berdarah dibuat Alya. aku just cuci macam biasa la. mungkin ke sebab tu? nurse kata injection tu takkan berkesan kalau pecah, kita biarkan macam tu je. tak saring betul-betul. tak tahu la nak kata. cuma yang pasti, Anis ni kena extra care sikit. itu pun dah banyak susut beratnya sebab bila selesema akan bawak kepada demam dan lastly batuk. dan batuknya akan membawa kepada muntah-muntah. dan demamnya kalau tak cecah 39 darjah memang tak sah.

Anis sangat pandai ambik hati orang. sekarang ni kalau dengar dia menyanyi cuma ini je yang kedengaran: "Aci-aci..." (dia akan ulang dan ulang lagi), "Burung kakak pua, giginya kakak pua!" (kalau dibetulkan, elok la kejap sebutannya. lepas tu dengar semula sebutan yang sama). air masak dia akan sebut air tashok. kak ngah dia akan sebut ngak ngah. bukan dia tak boleh pronounce elok-elok tapi bila dia dah biasa macam tu, betulkan pun kejap je la. lepas tu kembali pada asal. huhuhu...




my foot: dia dipanggil putih oleh my bro sebab dia memang putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign