Fresh from the owner...

24 August 2011

Kak Long oh Kak Long...


asalnya dulu, Alya aku panggil kakak. masa tu ada Anis je. jadik aku bahasakan la dia tu kakak. tapi dia tetap gunakan Alya. dan Anis aku panggil adik. Alya pun panggil adik jugak. tapi bila adanya Azfar, aku tukar panggilan dia kepada Kak Long dan Anis kepada Kak Ngah. tapi Anis akan bahasakan diri dia Insyirah bukan adik macam kebanyakan adik-adik lain. mungkin jugak sebab selain adik, kami panggil dia Insyirah.

jadik bila Alya bercakap dengan Anis, dia akan gunakan ganti nama Alya jugak. kami la yang kena betulkan apa yang dia cakap. kata kami padanya: "Kak Long kalau cakap dengan ibu atau abah atau dengan adik, kena guna Kak Long. Bukan Alya. Kalau cakap dengan De, Chik, Abang... boleh la guna Alya." dan dia seorang yang cepat belajar. bila kerap cakap dengan dia macam tu, dengan kami dia akan gunakan ganti nama Kak Long. dengan sepupu atau dengan ibu saudaranya, dia gunakan Alya.


dengan Anis dia tetap panggil adik sehinggalah sekarang. daripada adik, dia akan panggil Kak Ngah kalau nak bercakap dengan Anis. dan Azfar, dia tak panggil adik tapi panggil Azfar je. boleh la diharap minah kecik ni. cuma kadang-kadang yang buat aku geram tu bila mana mintak dia ambikkan sesuatu. kalau aku kat dapur mintak dia ambikkan diapers adik dia, mesti kena tunggu lama sebab dia akan tersangkut kejap depan tv. confirmed punya.

tu yang kadang-kadang buat aku hangin sebabnya bila nak cepat tu, dia boleh pulak tengok tv. aduhai… geram betul. sekarang ni kalau nak tengok tv je, kena berebut dulu dengan dia. mana taknya, dia sibuk nak layan kartun. aku nak tengok cerita lain pun tak boleh. tapi bila aku cakap: “Ibu baru nak tengok cerita ni.” tak pun, “Boleh ibu tengok cerita ibu kejap?” dan dia akan cakap, “Ibu tengok la cerita ibu.” tapi aku la tak sampai hati nak tengok lama-lama pun sebab kesian kat dia.  nanti dia sure bosan tak ada benda nak buat. last-last aku bagi la jugak dia tengok chanel dia tu. 

hahaha… konon-konon tak nak mengalah. tapi bila mengenangkan anak tu nak tengok tv, bagi jugaklah. aku layan internet. cuma Alya ni tak boleh biarkan dia galak sangat waktu siang. especially kalau dia tak tidur petang. memang aku akan pantau dia sebabnya, bila dia tidur around 9… dia sure akan bangun mengigau yang bukan-bukan. dan dia pernah cakap bahasa yang mana aku dan encik suami tak paham. macam bahasa siam pun ada. bila dia mengigau tu akan buat bulu roma aku tegak berdiri. kenapa??? ada la... hahaha...




my foot: ada sixth sense ke Alya ni? misteri betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. anisalya: hehe sukeee bangat kat budak bambam...rase nak cubit-cubit jeee. Camtu kena belikan diye baju 2 size lebih besar lah nampaknye

    Alolo comeynyee die pakai tudung. Besh jugak panggil along, angah tu, senang nak bezakan terutama yang namanya bunyi lebih kurang sama

    ReplyDelete
  2. comel kakak ni.boleh diharap pulak tu..cuma kdg2 je yer terstop tak sengaja dpn tv hehe

    biasa ada anak2 baya ni mesti tv tu kita kena mengalah kan =)

    ReplyDelete
  3. kak long boleh diharapkan....nnt dah besar tlg mama dia kat dapur pulak.

    ReplyDelete
  4. sya pun ada gak sket masalah panggil anak ni, dan anak pun selalu confius dgn panggilan di sekolah...

    6th sense? hebaattttt

    ReplyDelete
  5. anak memang suka tgk kartun

    ema asalnya nak potong astro...tp bila fikir anak. tak jadi..sebab lepas balik tadika, anak terus tonton tv rancangan kartun...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign