Fresh from the owner...

19 August 2011

Jangan sampai demam ye Azfar. Dah tak lama je lagi nak raya...


semalam bawak Azfar cucuk 3 bulan. cucuk yang memungkinkan dia akan demam. semalam jugak misi tak bagi ubat demam sebab stok ubat demam je dah ada 2-3 botol. lagi pulak misi tu tanya, cucuk bulan lepas demam ke? aku cakap alhamdulillah... tak demam. alhamdulillah jugak. his sisters pun tak pernah demam bila kena inject. cuma cuaca sekarang ni kadang-kadang panas sangat. kadang-kadang tu sejuk je. itu pun boleh jadik penyebab demam apa.

semalam sampai ke KKIA tepat pukul 2pm. pintu masuk pun tak buka lagi. yang menanti satu couple ni (member aku jugak masa sekolah menengah. wife dia baru pregnant sebab bila aku tanya berapa anak dia cakap itu yang first) untuk checked pregnancy. hah, awal tak saya datang?! hahaha... 

datang waktu petang ni tenang sikit. tak la macam waktu pagi nak menunggu bagai. kejap je dah settle. mungkin jugak sebab Azfar datang untuk cucuk je kot. dan datang pulak awal. tapi kalau petang ni cuaca dia panas sangat. terik. kesian kat anak la. lagi pulak pukul 2 tu waktu tidur si Azfar and his sisters. sekarang ni aku tidurkan dia orang serentak waktu petang. senang aku nak buat kerja lain.

dan Azfar masa kena inject tak menangis pun (macam bulan lepas jugak). ada tanda-tanda nak menangis. especially masa jarum tu lama kat isi peha dia tu. tapi bila pujuk dan cakap-cakap dengan dia, terus tak jadik menangis sampai misi tu tegur: "Mengadu sakit dengan ibu dia la tu!" hmmm... memang dia suka kalau orang bercakap dengan dia.

dengan itu, settle la cucuk Azfar 3 bulan. next month tak ada cucuk ye. rehat. tapi timbang tetap kena timbang. next month jugak bawak Alya untuk timbang dan aku??? huhuhu.... kena buat pap smear. okay la. takkan nak tangguh buat kan. dah dia suruh buat tu, ikutkan saja la.




my foot: setakat ni Azfar okay je. badan pun tak rasa panas. jangan demam la dekat-dekat nak raya ni. susah hati saya. bukan sebab raya tapi sebab dia anak saya. sakit dia sakit jugalah saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. insya Allah sihat hendaknya.. chubby nya azfar :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign