Fresh from the owner...

01 August 2011

First day puasa dan Anis yang demam tiba-tiba.

alhamdulillah. hari pertama puasa dilalui dengan sedikit kepenatan. maklumlah, cuaca tiba-tiba bertukar panas terik. pagi tadi redup je. bila nak masuk je tengahari, mak aiii... panas kering je rasanya. baru je bercadang nak keluar beli barang-barang keperluan anak-anak. mula-mula tadi nak keluar esok pagi je. tapi diapers anak-anak ni tak boleh nak tunggu sampai esok. kena jugak keluar. kalau encik suami ada, arahkan je dia pergi beli. bila dia tak ada, semua kena uruskan sendiri la.

bila je kena cuaca panas kering dan kena pulak beratur panjang untuk bayar harga barang-barang yang ciput tu... mula la rasa penat. aku tak tahulah sama ada dia orang baru dapat gaji dan malas nak keluar malam beli barang atau dia orang takut barang-barang habis, tapi rata-rata yang aku tengok tadi memang membeli sakan la. satu troli penuh dengan barang. ada yang bawak bakul pun penuh jugak bakulnya. mungkin nak buat stok puasa. tapi kenapa masa first day puasa.

cabarannya bertambah bila Anis demam tiba-tiba. merengek dan meragam je. nak kata badan dia panas melampau tu tidaklah. tapi meragam dia tu la buat susah nak buat kerja lain. sekejap nak masuk buai. kejap nak keluar. main tak sampai 10 minit dah mintak buai. sekarang ni dia tengah tidur. makan pun sikit je masa berbuka tadi. alhamdulillah... at least dia nak makan kan?

aku rasa dia rindukan the father. dah dekat 3 weeks dia tak jumpa abahnya. hari-hari bertanya mana abah. tapi dia tahu abahnya ada kat Johor nak carik rezeki. ini pun aku selimutkan dia dengan baju solat yang encik suami tinggalkan. boleh buat ubat pada mak anak-anak yang rindu. hehehe...

actually mata aku ni dah ngantuk sangat. lately cepat je rasa penat dengan mengantuk. tak tahu kenapa. mungkin sebab kurang tidur kot. entahlah labu... ingat nak tidur kejap. nanti aku try BW  ek! can cin cau...




my foot: dalam pada anak-anak mengamuk, sempat jugak buat roti sosej untuk juadah berbuka tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. sibuknya jadi ibu.hehe..

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak juga anis :)

    ReplyDelete
  3. Itulah pengorbanan isteri & ibu untuk keluarga kan..moga Allah berikan kekuatan & kesabaran di bulan yang mulia ini..salam ramadhan:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign