Fresh from the owner...

19 August 2011

Fadhilat Surah Al-Fatihah...


Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah s.a.w.berfirman yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah.Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKU dan hambaKU kepada separuh, dan bagi hambaKU apa yang dipintanya…”

Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba: Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukkilah jalan yang lurus.

Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka murkai dan
bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(Hadith riwayat Muslim,al-Tarmizi dan al-Nasa’i)


Sesiapa yang mengekalkan mambaca Al-Fathihah di antara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:

Meminta pangkat melainkan dapat.
Ia miskin melainkan kaya.
Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari. Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dan penyakitnya berkurangan.”

Begitulah fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, InsyaAllah atas izin Allah jua kesembuhan itu.



my foot: ada la kesinambungannya. tunggu....

sumber: scripters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. salam dear.. pasal suplement tu.. if malas mkn suplemen.. at least amik yg basic utk wanita. vitamn C bcompelx.. skrg ni trialpek shaklee ada prmo..u amik yg set basic beserta sebotol vita C cume rm120..jdnye sebotol tu cume rm50..if not rm84

    ReplyDelete
  2. Wow! Thx for sharing! X sbr nak tgu kesinambungan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign