Fresh from the owner...

20 August 2011

Eh, ada sesiapa tahu tak berbuka puasa pukul berapa?! Sengal semuanya...


kes ni terjadi masa kat PPP/UiTM jugak. hari tu semua berpuasa macam biasa. sebab kami duduk tingkat 5 yang mana hostel sebelum ni pun tingkat 5... jadik masing-masing macam malas je nak keluar. kecuali terpaksa macam nak beli makanan untuk berbuka. tapi yang pastinya... kami sangat close. sebab bila ada di antara  mereka-mereka tu (my housemates la) tak ada appointment dating, kita orang selalunya akan keluar ke Bazar Ramadhan depan Giant Seksyen 18 untuk sama-sama beli makanan. dan sama-sama berbuka puasa. kadang-kadang tu makan kat luar jugak. tapi sangat jarang la.

tapi betul la... masa belajar TESL dulu, walaupun ada yang tak sekelas dan tak berapa nak kenal sangat... tapi hubungan kami sangat rapat. tapi bila bertukar ke induk, feel tu dah tak sama la. tak tahu kenapa. mungkin jugak sebab masa kat PPP tu (masa tu la) kami je batch yang tak fly. boleh jadik jugak sebab kami semua melalui orientasi (perh... memang gila ah orientasi masa tu!) yang sama. atau pun mungkin jugak benda tu berlaku secara semulajadi.

bercerita bab berbuka ni, aku rasa time tu la kesengalan kami terserlah. masing-masing dah siapkan makanan dengan minuman semua la. dah duduk pun kat tempat masing-masing. lama jugak kami kat situ sebelum aku tanya, tahu tak pukul berapa masuk waktu. aisey... sorang pun tak tahu. masing-masing dok geleng kepala. azan? langsung tak dengar. radio memang tak ada. last-last salah sorang housemates aku pergi rumah depan (member-member TESL jugak) tanya dah masuk waktu ke belum.

hahaha... member-member rumah depan tu pulak dah nak selesai bersantap masa housemates aku tu datang bertanya. gila kentang. orang lain dah selamat, kami la yang baru terkial-kial nak buka puasa. dah tu makan siap gelak-gelak mengenangkan betapa sengalnya kami-kami ini. tapi lepas daripada hari tu, semua ambik port tentang waktu berbuka ni.

ye la... masa duduk kat Seksyen 6, boleh dengar azan sebab surau betul-betul belakang hostel. memang best la. tapi yang tak bestnya... lepas setahun kat situ, dapat arahan kena pindah ke Seksyen 18. duduk kat Seksyen 6 tu boleh jalan kaki je kalau nak pergi ke PKNS (biasa jugak kami buat). kalau kat 18? memang sah-sah la kena naik bas kan?



my foot: kadang-kadang senyum sendiri bila ingat semula insiden-insiden zaman belajar dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign