Fresh from the owner...

11 August 2011

Demam Anis yang on and off...




Anis ni kejap elok kejap tak. sebenarnya dia memang pernah demam on and off. tapi dalam keadaan sekarang, bimbang jugaklah. mana taknya... kalau sebelum dia pandai serba-serbi ni, dia cukup senang makan ubat. suap je. tapi sekarang ni, bila ajak makan ubat je mesti dia kata, "Takmo ubat!". kalau dipaksa? sure dia muntahkan balik. 

dah dua hari dia nampak cergas dan aktif. malam tadi masa aku tidurkan dia, rasa dedar sikit badannya. actually panas dah. aku lap-lap kepala dia dengan air. nak letak tuala basah macam dalam gambar tu? huh! tak mahunya dia. mengamuk sakan nanti kalau aku letak jugak. tidur malam dia pun dah tak lena mana sejak demam ni. 

kejap-kejap bangun. badan pun dah susut. time demam susu la dia kurang. makan tu makan jugak tapi tak la sesedap masa dia sihat. at least dia nak makan. tu dah cukup buat aku senang hati. compared Anis dengan Alya (tak boleh compare dengan Azfar sebab dia still baby), suhu Anis kalau demam mesti nak cecah 39 darjah celsius. ada la 2-3 kali jugak dia cecah 39++. 

risau? mahunya tak. bila bawak ke hospital, doc masukkan ubat untuk reducedkan temperature. kejadian tu pulak berlaku masa encik suami tak ada. dan Anis jugak jarang meragam. macam baru-baru ni dia meragam lebih. aku nak mandi pun susah. dia tak nak dengan orang lain. puas pujuk baru la boleh tinggalkan dia kejap untuk aku mandi, solat bagai. kalau encik suami ada… lain la sikit. walaupun anak tu tak berapa nak dengan dia tapi dia akan pastikan jugak aku boleh buat apa yang aku nak buat sebelum melayan anak yang sakit tu je sepanjang hari. 

tapi taka pa. aku dah biasa sebenarnya. cuma bila encik suami dah lama ada sama, jadik kita akan bergantung jugak pada dia. bila tak ada tu boleh je handle. cuma kalau ada dia, boleh la aku rest kejap setengah jam. tak kisah la labu. apa yang aku kena pastikan, mandi pagi-pagi kena basuh tulang belakang Anis dan selawat. 


she’s a strong girl. kalau tak, takkan dia boleh lawan pneumonia yang mana masa kejadian, doc kata the chances was 50-50. aku yang dengar haruslah… uwaaaa… encik suami of course la very supportive. pesan dia pada aku: kalau kematian tu baik untuk dia, redakan dia pergi. tapi Honey tahu Insyirah kuat semangat. rasa macam baru je jadik benda tu. sepanjang 14 hari berkampung kat hospital (10 hari di icu dan 4 hari kat wad kanak-kanak), banyak benda yang kami belajar. tak semua kanak-kanak tu bernasib baik sepertimana NUR ANIS INSYIRAH




my foot: baby yang satu bilik dengan Anis tu pun tak survived. she died a month lepas Anis keluar hospital. tapi condition Nur Hamdulillah (still remember the name sebab rasa sangat unik) tu a bit critical mungkin sebab kuman tu dah merebak sampai ke otak. al-fatihah untuk si kecil itu.


p/s: entri ni patutnya posted on 7/7/2011. tapi hari tu jugak la line kena blocked. sempat taip sikit je. huhuhu... blocked tanpa amaran. sengal la celcom nih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign