Fresh from the owner...

03 August 2011

Bersahur dengan anak-anak...



Anis still meragam. tapi dah kurang sikit berbanding hari sebelumnya. dapat jugaklah aku tidur. pagi ni bila aku bangun nak bersahur, anak-anak tidur lagi. baru je nak buat air, aku dengar Azfar menangis. alahai... actually sangat susah nak dengar si Azfar ni menangis. kalau menangis tu macam baby yang baru lahir je bunyinya. cute!!! hahaha...

ingatkan tepuk-tepuk saja dah memadai. tapi still menangis jugak anak bujang aku ni. last-last Anis pulak terjaga. kalau dah si kakak pun bangun sama, memang susah sikit. especially dalam keadaan dia demam sekarang. meragam lebih. mujur jugak Alya tidur lena. kalau adik-adik meragam, tidur Alya memang tak terusik. mungkin dia tahu aku sorang. kalau dia pun meragam... harus la aku naik hangin. ngeee...

sudahnya, aku bawak anak-anak yang dua orang ni untuk bersahur sekali dengan aku. dah susah sangat nak tidur semula, ikut je la ibu ni bersahur. tapi macam aku cakap la... Anis meragam la sikit. aku tengah-tengah makan tu dia sibuk mintak nak masuk buai la apa la... jadik hari ni cuma makan biskut je. itu je yang boleh aku makan dengan karenah si kecik yang dua orang ni.

if the father is here... lain la sikit. dia boleh tengokkan anak-anak sebab encik suami cuma makan roti dengan minum air je. kadang-kadang tu just minum air je. aku la yang biasanya kena makan. daripada kecik dah diajar bersahur. bawak ke besar ni pun memang kena sahur jugak. kalau tak makan nasi, roti pun jadi la. tapi sebab Azfar still menyusu badan, aku perlukan nasi sebenarnya. kalau tak, aku cepat lapar. Azfar pulak kuat menyusu. sekarang ni nak dukung dia pun tak berapa nak larat. orang terengganu kata atap nanang. erk... betul ke tidak ejaan aku tu pun aku tak berapa pasti. maksudnya berat la.

jadik anak-anak... pagi ni harus puasa ek!!! dah bangn sahur kan? hahaha... faham ke Azfar yang baru nak masuk 3 bulan tu. apa daaa...



my foot: rindu masa zaman kecik-kecik dulu. time berpuasa memang best plus... rindu jugak nak berpuasa dengan encik suami. huhuhu...

pic godek2 di Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Yerlah kan bila dah terbiasa bangun sahur makan.. Mesti makan.. Makan sikit pun x pe.. Pastu yang peliknya ibu ni.. Kalau bln x pose gila2 nye hantu air ais.. Tp bln pose ni minum air panas je.. Sbb deme kata kalo minum ais lemah badan.. Hehehehehe mcm2 ler kan.. Sbnrnya akal je yang lebih tu.. Hehehehehe Selamat berpuasa ye dear..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign