Fresh from the owner...

26 August 2011

Baju anak-anak dah siap!!!

encik suami akan balik lagi 2 ke 3 hari. tadi aku called tailor tanyakan baju anak-anak dah siap ke belum. tailor kata untuk si dara dua orang tu dah siap. Azfar dah siap baju. seluar je belum. jadi, dia cakap sama ada petang atau malam Jumaat boleh la datang ambik baju-baju tu. kira cepat la dia buat baju-baju tu walhal my sis yang hantar dulu kat dia. patutnya dia dulukan my sis la kan. tapi katanya dia sakit kepala dengan kain yang my sis hantar tu. something wrong dengan kain tu sendiri. jadik dia dulukan buat baju-baju yang tak sakitkan kepala  dia adanya.

malam tadi my sis pergi tengok baju dia. nak make sure ukuran betul. kadang-kadang baju ni masa ukur tu elok je. bila dah siap ada la yang kita tak berkenan kat mana-mana. sebab tu ada tailor suka ambik ukuran ikut baju yang paling kita suka berbanding ukuran direct kat badan. my sis bagi kat aku baju si Azfar. dia suruh tengok baju tu okay ke tak. nak kena repair kat mana-mana ke. sebab tailor tu cakap kain tak cukup. tapi masa aku pergi kedai, tukang kedai tu cakap cukup semeter untuk buat baju melayu baby boy. seluar tu je si tailor ni takut pendek sikit bahagian cawatnya.

aku tengok pun aku rasa macam tu jugak. tapi tak kisah sangat sebab boleh bukan bahagian pinggang tu je. tambah la kain lain yang seumpama kaler dengannya. dah siap. dah boleh pakai raya pun. tapi disebabkan my sis bagi baju tu around kul 11pm, Azfar pun dah lama tidur. esok je la aku check kat si empunya tubuh badan. muat ke tidak baju melayunya tu. kalau okay semuanya. esok petang aku boleh ambik baju si kakak-kakak dan terus basuh untuk pakai raya.

mesti comel Azfar pakai baju melayu, tapi kaler dia lari sikit la daripada kaler asal me and encik suami. tapi dekat dengan kaler his sisters punya baju. masa beli kain tu nampak macam sama je warnanya. dalam kedai kot memang macam tu. huhuhu...




my foot: mata aku sebelah kanan ni bengkak pulak tiba-tiba. tak ssakit tapi menganggu my eyesight. ingat nak pergi klinik la check.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. budak2 memang happy sangat tengok baju baru

    ReplyDelete
  2. alahai,mesti comey berbaju melayu tu nanti...nnt amik gmbr byk2 tau.

    bab2 baju raya ni mesti ada kisah lari kaler hehe..tp asalkan kumpulan kaler yg sama,kira ok la tu hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign