Fresh from the owner...

06 August 2011

Azfar yang dtinggalkan. Huhuhu...


ini Azfar yang makin montel. makin berat aku nak dukung. makin penat la dibuatnya. dia telah ditinggalkan oleh the father. dah hampir 3 minggu dia kena tinggal. dan Azfar ni nak masuk 3 bulan dah. cepat je besar anak teruna saya yang seorang ni.

next week kena inject ye. last month punya injection dia tak menangis. cool je. eleh... walhal bunyi nak menangis tu dah ada. cepat pujuk je. kalau tak... tak tahu la. lagi pulak, dia dah menyusu sebelum tu. perut dah kenyang dan hati pun senang. kalau menangis jugak, memang tak macho la anak ibu kan? hehehe...

masa sebulan pertama, azfar kerap sangat berjaga malam sebab dia selesema. tapi sekarang, alhamdulillah... dia dah okay. tidur malam pun lena je. tapi dia akan bangun around 4 ke 5 am. bulan puasa ni, aku bangun sahur... dia pun bangun sahur jugak. kena jugak la bawak dia sekali kalau nak makan. kalau tak nanti dia berbunyi.

bila masuk je usia dua bulan, Azfar ni suka sangat bercakap. pantang dengar ada orang bercakap dengan dia... mesti dia bercakap balik. kalau tengah bercakap kat telefon, and kita pandang dia... dia akan bercakap dengan kita. macam la kita bercakap dengan dia pun. hahaha... kelakar la mamat kecik ni. dan alhamdulillah jugak, dia cuma demam sekejap je masa encik suami tinggalkan dia.

dia paling awal kena tinggal. Alya, umur dah dua tahun lebih baru kena tinggal. Anis, 8 bulan. yang ni... baru dua bulan dah ditinggal-tinggalkan. nak buat macam mana. abah carik rezeki untuk kamu-kamu jugak. sabar je la ye sayang. ada masa abah balik la. bila tu? entah... aku pun kurang pasti. huhuhu...



my foot: hidup ni menuntut kesabaran yang tinggi. bertahanlah kami dengan keadaan ini kerana kami yakin denganMU Ya ALLAH... kerana setiap yang pahit pasti akan ada manisnya nanti. InsyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. mmg montel..rase nak pijit2 pipi dia tu...sebab dah lame tak ade baby ni...

    tak ape abahnye cari rezeki..ibu pun kene byk bersabar ye...

    ReplyDelete
  2. mmg montel gebu pipi azfar..sekali tgk wajah azfar mcm baby girl..hihihi gewam aunty!

    ReplyDelete
  3. geram nak cubit pipi azfar tu...

    ayahnya kerja offshore ke?

    ReplyDelete
  4. tembamnya...afzar ni...
    sama dgn anak sy pun dah masuk 3 bulan. esok br nak peri cucuk.
    harap2 ok lahhh.

    ReplyDelete
  5. peramah rupanya bby kiut ni...dah besar nak jadi pengacara kot....hheee

    ReplyDelete
  6. Tembamnya pipi azfar nih. Meh sini...aunty picit2 hehe ;D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign