Fresh from the owner...

14 August 2011

Azfar tak jadi kena inject. Kenapa ye?


rabu hari tu bawak Azfar ke KKIA untuk monthly check-up dia. supposed kena cucuk tapi dia demam, cough and flu... tak jadik la nak cucuk. tunda ke tarikh lain. kalau ikutkan jugak (my experience dengan my two kids tu), dia akan tunda cucuk tu ke bulan depan. tapi misi ni tak bagi. dia suruh datang next week. hari khamis pukul 2pm. aku pilih petang sebab datang pun nak cucuk je. tak timbang lagi dah.

according to this misi (yang lain macam tak kisah pun dan mungkin jugak sebab dia dah super senior), dia kata seelok-eloknya jangan tunda cucuk baby. kalau dia demam ke sakit ke... try mintak cucuk next weeknya. sebabnya, cucuk tu ikut umur baby. patut lima bulan dah rehat daripada inject tapi sebab dah ter'missed' kena inject bulan tu. dah tu takde rehat kena inject lagi next monthnya plus... inject tu pulak untuk usia-usia yang begini begitu.

kalau inject tiga bulan tu untuk usia tiga bulan la. sebab tu dia bagi injection ikut usia. kalau injection tiga bulan boleh bawak ke usia empat bulan, baik tak payah buat carta yang ada sekarang. eh... tetiba datang pulak dalam kepala otak aku ni kebenaran kata-kata misi tu! kenapa misi-misi lain tak fikir pun macam dia. macam-macam la yang misi tu bebelkan sampai ke pil perancang pun dia bebelkan kat aku. alah... thursday ni aku ambik la. banyak songeh la awak ek misi!!!

masa kat dia tengah membebel tu, Azfar muntah. dia kan batuk. jadik geli tekak or mungkin sejuk dalam bilik tu buat dia muntah. misi tu pun kata la aku tak isi minyak kat perut anak la apa la. kenapa dia boleh muntah and bla... bla... bla... adoiii la... saya anak dah 3. Azfar tu kecik lagi. takkan la saya bengong sangat sampai minyak pun tak letak kat perut dia. nak lumurkan satu badan ke baru boleh tahu ada minyak ke tak? last-last dia suruh pergi OPD, check si Azfar and his sisters. katanya lagi jangan tunggu-tunggu kalau anak sakit. bawak ke hospital dan bagi ubat.

ubat dah ada. tak semua ubat doc akan bagi macam tu je. kadang-kadang aku rasa... misi ni macam bengong tak bengong jugak. kenapa? hah... jap lagi cerita kenapa. nak solat jap ye!!!




my foot: Azfar dah berat. dah 6.5kg masa timbang hari rabu tu. dalam pada sakit-sakit pun berat bertambah ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. salam, tapi kan memang betul la apa misi tu cakap, saya dulu masa anak bongsu, yang ada cucuk untuk setahun lima bulan kot kalau tak silap, saya boleh terlajak sampai setahun 7 bulan..sampai nurse yang dok call2 saya..hehe

    ReplyDelete
  2. @missbby

    tapi nurse jugak yang bagi tarikh bulan berikutnya. bukan kita yang letak. unless dia kata boleh datang next week tak... baru la kita cakap boleh ke tak. belum pernah missed lagi pergi klinik kecuali ada masalah. itu pun kena call bagitau. kalau tak dia orang datang rumah. hahaha...

    ReplyDelete
  3. kalau anak sakit, mmg kena postponed la untuk injection. tp kena betul2 alert la. takut terlajak. ish, leceh betul kalau dpt misi suka bebel gitu. kalau ckp elok2 takpe kan. tembam nye azfar!

    ReplyDelete
  4. cian kat azfar demam ya, semoga cepat ok

    ReplyDelete
  5. bagus nye misi tu errrr cam terbagus plak hehehe....hope azfar cepat sembuh ye..amboi dah 6.5kg yeh...sama la ngan ank umi si nawfal tu tp tu dah 5 bln huhuhuhu....semangat ye azfar (^_^)geram la ngan pipi tu kuiukuiukui

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign