Fresh from the owner...

16 August 2011

Azfar oh Azfar...


Jumaat lepas bawak Azfar sekali lagi ke OPD. my sis la suruh bawak. katanya ada bunyi kat tekak Azfar. takut jadik macam Anis je. tapi Azfar aktif sesangat. cuma sesekali batuk tu macam kesian jugaklah kat dia. baby kalau batuk memang kesian. jangankan baby. budak-budak kecik kalau batuk kita yang dengar memang rasa sedih sesangat.

prosedur biasa la kalau sampai kat OPD tu. masuk bilik saringan nak checked apa-apa yang patut. member aku tu pulak memang duduk kat bilik saringan tu. so aku cakap kat dia tak payah la checked demam sebab dia tak demam. cuma timbang je la. wah, macam diluar jangkaan je! berat Azfar naik dalam tempoh 2 hari tu. dalam pada tak sihat tu naik jugak 200g. dan macam biasa jugak kami menunggu turn.

kebetulan ada satu doc tu tengah nak handle kes hantar ke Kuantan. tapi aku tak berapa berkenan dengan doc tu. macam endah tak endah je (doc yang bagi ubat cair kahak kat Azfar masa dia sebulan tu la) buat kerja. tapi last-last tukar doc lain. alhamdulillah. tak ada la saya perlu menambah dosa di bulan puasa ni dengan mengutuk doc itu.

doc yang ni checked and dia sarankan buat fisio sebab katanya ada bunyi macam kahak tapi tak ada bunyi jangkitan kuman kat paru-paru. doc ni dia terangkan in details kenapa ubat tak bagi kat budak-budak. kenapa perlu buat fisio. okay... dia siap lukis gambarajah ye untuk menerangkan tentang apa yang dia cakap. bagus tak dia? doc kerajaan yang bagus la ni.

fisio tu untuk apa? fisio tu untuk keluarkan kahak dalam tekak dengan cara masukkan tiub. kalau nak bawak Azfar, dia kena puasa 2 jam. pukul 8 start puasa pukul 11 pergi sedut kahak. tapi according to MA, dia orang pun tak suggest sedut kahak sebab sakitkan tekak. even orang tua pun tak tahan kalau kena sedut. tapi doc ni kata okay je. tak sakit. saya nak percaya cakap siapa sekarang ni?! pening la kejap...



my foot: buat masa ni bunyi tu dah kurang. nak tengok dulu macam mana this week.

p/s: ingat nak post entri ni petang semalam. tapi cuaca panas sangat and broadband selalu buat hal kalau cuaca panas . huhuhu... post je la entri ni today...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. selalu mcm tu lah..MA ckp mcm lain doc ckp mcm lain..tp kalo kita ikut nsht doc lg dr MA...hihihi

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan =) u ada anak umur 2 tahun!!! sama mcm my Raif Rusyaidi tapi dia lahir lewat sket..27 oktober 2011 and Anis dah ada adik. saya belum ada rezeki lagi nak bagi Raif adik. sangat teringin dan berkehendak =)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign