Fresh from the owner...

05 August 2011

Ally Iskandar sah putus tunang 30 Julai lalu...



lepas kecoh satu malaya Khairul Fahmi putus tunang, sekarang giliran Ally Iskandar pulak. musim putus tunang agaknya sekakrang ni. apa-apa pun, lebih baik putus tunang daripada bercerai-berai lepas kahwin. sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan banyak hati dan mengurangkan keaiban masing-masing. 

ye la... bila masuk court, macam-macam ceritalah yang bakal keluar yang mana ada di antaranya mungkin membuka pekung di dada. kalau berpisah secara baik tak apa. kalau tak baik tu la yang susahnya.



SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

sumber: mstar.com.my



my foot: dah tak ada jodoh ye Ally. nak buat macam mana lagi. ada hikmah la disebaliknya tu.

pic godek2 di Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. tu la kan kak.. banyak dugaan lak mereka ni

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign