Fresh from the owner...

15 August 2011

4 tahun yang lalu ketika dan waktu ini saya...



first time dapat puasa sama dengan encik suami (baru kawen ye!) walaupun dah hujung-hujung Ramadhan. kebetulan pulak tahun 2007 tu aku puasa penuh sebab pregnantkan si Alya. alhamdulillah... dugaan puasa seminggu pertama a bit mencabar la. bukan apa... aku alah sikit. dengan tak berapa nak makan. boleh minum air je kadang-kadang tu tapi puasa tetap dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan walaupun aku dah lembik sebab muntah-muntah (encik suami kata berbuka la. tapi aku nak teruskan jugak. rugi tak dapat habiskan sebulan penuh) hijau. dah tak ada apa benda dah nak keluar dari perut.

err... itu bukan apa yang aku nak cerita ye. hujung-hujung puasa, encik suami ajak aku ke Johor untuk habiskan puasa dengan dia dan shopping raya sikit-sikit. tapi masa tu dia bukan duduk rumah sendiri tapi still menyewa. dapur ada tapi segala macam alatan memasak tak ada. masa tu memang dia malas nak masak sebab dia sorang je nak makan. ke kedai beli lagi baik.

disebabkan tak ada peralatan, selalunya dia bawak aku keluar makan. kalau aku macam tak larat je dia akan tapau makanan. tapi setiap kali sahur, around 3 to 4 am dia akan kejutkan aku untuk makan kat luar. dengan cuaca yang sejuk tu, keluar la kami pergi cari makanan untuk alas perut. aku masa tu memang tak berapa gemar makanan kedai (encik suami tak pernah tahu sebab aku tak pernah cakap. kesian pulak kat dia nak carik alatan memasak bagai walhal aku bukan duduk lama pun kat situ) sebab alah. kalau boleh nak masak sendiri je. 

kenangan la tu sebab puasa first as husband and wife dalam keadaan macam tu. tapi seronok la jugak sebab kami berdua dan bakal bertiga the next year. semua tu jadik kenangan paling berharga dalam hidup sebab walaupun tak sesempurna mana keadaannya tapi kami still happy sebab dapat juga puasa sama. bukan macam tahun ni yang mana sorang di sana dan kami di sini. tapi dugaan ini kami terima dengan redha.




my foot: kami redha dengan dugaanMU ini YA ALLAH kerana dugaan ini adalah tanda kasih sayangNYA pada kita. moga ditabahkan dan dikutkan lagi hati dan jiwa kami ini. amiiinnn!!!

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. stp dugaan pasti ada hikmahnya.. bersabar la yer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign