Fresh from the owner...

15 August 2011

15 Ramadhan... Genap usia Nur Anis Insyirah 2 tahun!!!

mak bonda tunggu wheel chair untuk naik tingkat atas

tarikh 15 ramadhan akan selalu jadik tarikh yang akan aku kenang sepanjang hayat. tarikh kelahiran anak-anak yang lain pun istimewa jugak tapi yang ni up sikit sebab lahir bulan puasa. ikut bulan Islam, Anis dah 2 tahun. dia lahir 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan. ikut due patutnya Anis lahir pertengahan bulan 10. tapi macam kakaknya jugak, dia nak keluar cepat. nak jugak suruh abah bayarkan fitrah untuk dia.


sepanjang mengandungkan Anis, selera makan macam biasa dan alahan tak ada. zero. melantak je la kerjanya. kebetulan pulak musim durian. next timbang kena minum air gula sebab berat naik sampai 3kg dalam tempoh sebulan. hah, penangan durian la katakan! tak pasal-pasal kena minum air gula. tapi aku rasa tahun aku mengandungkan Anis tu memang ramai yang minum air gula. apa kes?

hari sabtu 15 ramadhan tu, pagi tu lagi aku rasa macam tak sedap hati je. tapi aku pujuk diri sendiri and pujuk baby keluar la ikut due. tak nak ikut due pun tak apa tapi dua minggu before due. kalau tak nak jugak tak apalah. janji selamat. itu dah cukup. petang around 2 masa aku tidurkan Anis, still rasa lain. perasaan tu tak boleh hilang. masa aku rehat-rehat tu la aku dengar macam ada bunyi. so, i went to the toilet. keluar je dari toilet, apa yang aku sangka tu betul.

my water broke. okay... pengalaman yang sama masa nak bersalinkan Alya. ketuban pecah. encik suami yang tengah tidur aku kejutkan bagitahu apa yang jadik. barang-barang yang dah packing tu aku letak dalam kereta. Alya aku tinggalkan. takkan nak bawak. lagi pulak dia tidur. sampai kat wad bersalin, checked bukaan baru 1cm. sama macam Alya jugak, tak ada contraction walaupun air ketuban dah pecah. disebabkan hari tu aku puasa, kena masuk air sebab badan dah kurang air kan. doc checked bagai and dia kata kena refer ke HTAA sebab Hospital Pekan tak ada pakar untuk baby premature.

Nur Anis Insyirah 2nd day

kesnya sama macam nak bersalinkan Alya. naik ambulans ke HTAA around 6.30pm. contraction ada tapi tak kerap mana. nurse dok bercerita itu dan ini dan siap pesan kalau sakit bagitahu. encik suami followed dengan kereta. sebab kalau nak balik semula ke rumah takkan nak naik ambulans jugak. tak ada orang nak layan de. sampai HTAA pergi ke wad bersalin biasa kat bawah checked semua... doc suruh hantar ke tingkat atas wad bersalin berisiko sebab due still awal tapi dah ada bukaan dengan ada contraction. masa menanti tu, nurse tak bagi minum dengan makan langsung. encik suami belikan air zam-zam. katanya InsyaAllah dengan izin Allah selamat semuanya. dua tiga teguk je aku minum. lepas tu kena bawak naik tingkat atas.

kat labour room pulak aku dijaga seorang nurse. lembut je orangnya. masa tu dah contraction dah kerap. ada sorang doc datang bagitahu nak masukkan ubat untuk hold the baby. jangan bagi lahir dulu. dia terangkan ubat tu akan bagi kesan begitu begini dan keadaan aku akan dipantau 24 hours sebab ubat tu bagi effect dekat heartbeat jugak. apa pun dia kata tunggu pakar sampai. masa tu dah pukul 7.45pm kot. then nurse datang and checked. dia kata ikut kata orang tua, kalau perut rasa panas je mesti bersalin jugak hari ni. hmmm... dan aku terpaksa tunggu doc pakar yang tak nampak batang hidung tu sampai la dekat pukul 9. makan apa la doc pakar ni ambik masa lama sangat. makan batu agaknya.

dah discharged lepas 4 hari berkampung kat wad SCN, HTAA

tapi tak sempat pun doc pakar sampai aku dah masuk dalam labour room (aku ada kat bilik menunggu dalam labour room tu). bukaan masa tu baru 6cm. tapi dah sakit sangat. macam nak keluar sangat dah baby masa tu. encik suami masuk lewat sikit ye sebab nurse lambat panggil. sengal kan nurse tu. tepat pukul 9.21pm (aku suka guna sistem 24 jam: 2121) she was born dengan weight 2.3kg. small tapi besar daripada Alya ye. lepas encik suami iqamatkan dia, she was sent to SCN ward. Alya pun sama. naik tingkat 6 sebab lahir premature. aku kat tingkat 3. dia tak masuk inkubator sebab paru-paru dia dah matang plus tak ada masalah lain. kena duduk lama kat wad pun pasal nak pantau macam mana keadaannya.

doc kata ada jaundice tapi tak tinggi. still kat HTAA.

masa dalam SCN tu kena duduk jugak la Anis bawah lampu sebab ada minor jaundice. esoknya dah boleh balik sebab jaundice dah kurang. tapi aku rasa pihak hospital kalau boleh nak discharged patients awal-awal sebab tempat tak cukup. kat dalam wad SCN ni aircond, so sejuk je. kalau baby kena jaundice tu macam kesian je tengok sebab menggeletar lutut. walaupun duduk bawah lampu tapi sesekali angin aircond tu bertiup, pergh... mantap gua cakap lu!!!



my foot: balik tak sampai 2 hari Anis kena warded semula sebab jaundice dia sangat tinggi. 300++ ye. bukan sikit tu. kalau tak turun jugak mahunya kena salin darah. mungkin tidak dan alhamdulillah... turun jugak sikit the next day.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign