Fresh from the owner...

12 July 2011

Wah, banyak jugak naik ek?!


semalam bawak Anis dengan Azfar ke KKIA untuk monthly check-up for Azfar dan Anis timbang je sebab last month berat dia statik je. Azfar dah sah-sah kena cucuk 2 bulan. Alya bulan 9 nanti timbang. si Azfar ni dah makin chubby. bagi respon kalau diagah.

budak-budak zaman sekarang ni memang advance in everything la aku rasa. masa nak timbang si Azfar pun si misi tu sempat agah dia dan dia senyum. misi tu cakap, "Pandai sangat rupanya!" huhuhu... cucuk dua bulan dah sah-sah cucuk demam. biasa la. ubat demam kena bagi untuk elak daripada demam kan?

cucuk bulan lepas, Azfar menangis bukan main lagi. hahaha... salah satu sebabnya dia nak tidur. tapi dah kena cucuk tu meraung la kejap. semalam kena cucuk, maintain je. ada bunyi nak menangis tapi tak jadik. kuat Azfar ni sesuai dengan maksud Izznya tu.

berat Azfar last month was 4.5kg. semalam timbang, 5.7kg. kira sendiri la berapa kg dia naik. sekilo lebih. hehehe... Azfar makan apa sampai naik sekilo tu? Alya dengan Anis pun cuma naik dalam 300 ke 400 gram setiap bulan. yang ni naik sekilo, macam terharu jugak la. dan Anis naik sekilo. so, next check-up for Anis will in October.

bahagia sebenarnya tengok anak-anak membesar dengan sihat. boleh tengok perkembangan dia orang everyday pun satu rahmat. working mommas pun tak 100% dapat tengok development anak-anak kan? huhuhu...



my foot: alhamdulillah... aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada walaupun aku tak kaya wang ringgit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. yep..we must thankful for that blessing.pipi Azfar sgt bambam.... geram eh..!

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah...u'r a lucky mother...

    montoknyaaa pipi.........

    ReplyDelete
  3. mesti kuat nyusu ni..kan? tembamnya dia. geram aihh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign