Fresh from the owner...

01 July 2011

Thank you for being there...


dedicated dearly to encik suami...


masa bersalinkan Alya dulu, daripada mula lagi encik suami memang nak masuk tengok proses kelahiran anak dia tu. dalam labour room aku tanya doc, husband boleh masuk ke? dia kata boleh. so, aku cakap la nak suami masuk sekali nanti. doc panggil dia masuk pun on time. masa contraction dah makin kerap, encik suami la bacakan surah Al-Fatihah, selawat, zikir... dia mintak aku ikut baca dalam masa yang sama.

dia memang supportive. masa bersalinkan Anis, dia terlambat masuk sebab doc lambat panggil. apa daaa... walhal dah bagitau awal-awal suami nak masuk jugak. untuk the first two tu, lepas je delivered, nurse tanya jantina baby dan encik suami qamatkan baby kat situ jugak. sebabnya, premature baby tak ikut ibu masuk wad. dia kena hantar ke wad SCN.

time Azfar, encik suami nyaris tak dapat masuk sebab ada orang lain nak bersalin jugak time tu. takut tersalah masuk bilik. tapi last-last minute tu nampak encik suami. kata-kata dia yang aku ingat sampai sekarang... "Honey reda dengan Ayang!"

kalau ditakdirkan time tu aku tak survive, at least suami reda dengan aku. tak la seksa sangat. itu time deliver je. memang sokongan suamilah yang buatkan kita kuat. kalau alone tu tak tau la. tambahan dalam pantang, encik suamilah yang jaga makan minum aku plus mandikan anak-anak including yang baby tu jugak.


duit tu penting tapi kaya tak. rupa apatah lagi. walaupun kita tak kaya, kadang-kadang ada ups and downsnya... selagi kita bersama, insyaAllah, kita akan bahagia walaupun orang mengata. peduli apa dengan kata orang kan? bukan dia orang yang bagi kita makan. huhuhu...

encik suami... you are the best and always be the best. you are our hero!!! you are always there sharing and caring. thank you for trying to understand and willing to share. thank you for everything!!! 


my foot: wah, entri jiwang ke?! entah la. hahaha...

pic godek2 di Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hehehe... takpe kak... kalo suami akak baca ni mesti terharu kan :)

    ReplyDelete
  2. jiwang pun takpe...mama ske je jiwang2 nih..... :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign