Fresh from the owner...

28 July 2011

Suami saya pernah cakap...


bila terjadinya pergaduhan antara suami isteri, berlaku kes dera or kes yang melibatkan suami bertindak kasar dengan isteri... orang cepat je buat tanggapan yang si suami tu memang zalim, tak berhati perut, kejam bla... bla... bla... macam mana boleh kawen.. bla.. bla... blaaa lagi.

tapi orang-orang yang baca atau dengar cerita tu tahu ke kisah sebenar kenapa jadik macam tu? memang 100% salah suami ke? atau isteri ada buat silap kat mana-mana? okay... tak semua kes yang berlaku tu salah suami. dan begitulah jugak sebaliknya. mesti ada silap dua-dua pihak.

actually, aku tertarik dengan kes Jimmy Shanley dengan wifenya.
Suhaila kata Jimmy suka tampar. Jimmy kata dia cuma nak mengajar. okay... encik suami pernah cakap, elak sekecik-kecik benda yang boleh rosakkan hubungan. sebab benda kecik tu la yang akan jadik besar. kalau benda besar tu memang tak boleh buat apa la kan...

contohnya, kalau suami tu kata dia dah tak makan cekodok sekarang. jangan buat cekodok. jangan la cakap dengan dia... dulu makan je. dulu tu cerita lampau. mungkin ada cicak termasuk dalam adunan cekodok dan membuatkan dia hilang terus selera nak makan cekodok. jangan la buat apa yang dia tak suka. ala...cekodok  tu contoh je la.

encik suami selalu cakap, isteri insan paling dekat di hati. dia tak mintak harta benda apa pun just support dengan perhatian yang lebih berbanding orang lain. even kalau ada fight-fight manja gitu... dia akan mintak aku dulukan dia berbanding anak-anak. sebabnya, taraf suami letaknya di mana? paling atas kan? apa-apa hal kena dulukan suami barulah boleh ke arah benda-benda lain.sebab itu jugak dia cakap, kalau isteri buat sesuatu yang dia tak suka, memang sakitnya dalam hati hanya Allah je yang tahu.

memang tak semua suami tu bagus. ada jugak yang batu kayu. tapi kalau kita dah dapat suami yang boleh didik kita ke arah kebaikan... kenapa kita tak boleh ikut? encik suami kata, kalau kita ikhlas dan betul-betul nak berubah, insyaAllah... Allah akan tolong hambaNYA tu. tapi kalau dalam hati terdetik jugak rasa nak enjoy or besar diri, memang susah. nak taip panjang-panjang pun dah tak larat. nanti sambung ek. hehehe...



my foot: pening kepala la pulak. adoiii...!!!

pic godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. yang penting kene ade sifat tolak ansur..baru la aman bahgia...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign