Fresh from the owner...

11 July 2011

Siti Nurhaliza nak sambung belajar kat UiTM ye!!!


berita awal pagi ye... actually aku dah tahu dari semalam tentang berita ni. cuma tak sempat nak update blog. busy la dengan budak 3 ketul ni. hahaha... dalam pada orang sibuk dengan BERSIH, aku tertarik dengan berita ni la.

Siti Nurhaliza at the age of 32 nak sambung study. aku rasa dia nak buat degree kot kat UiTM tu. dekat Fakulti Muzik. of course la dia ambik muzik sebab dah tu bidangnya. kalau ambik yang luar daripada tu takut susah sikit. nak kena belajar from scratch bukan mudah.

especially selebriti yang ternama. karang tak jadik belajar pulak orang dok tengok ke CT je. ngeee... okay la. aku bukanlah peminat dia. tapi semangat dia tu ada walaupun dia ambik muzik sebagai pengkhususan dia. umur bukanlah penghalang kalau nak sambung belajar. tak kiralah dalam bidang apa pun.

lagi pulak daripada dia tak buat apa-apa, lagi baik dia occupy masa dengan study. kalau dah ada anak, susah pulak nak teruskan hasrat yang terpendam dan terendam tu. mana nak tengok bisnes, show, layan suami dengan anak-anak lagi. tak terkejar pulak Datuk CT tu. tapi sekarang ni tengok, dia macam chubby sikit kan? eh, patutnya saya gunakan perkataan beliau tapi saya macam malas nak delete yang lain. penat pulak rasa. hohoho...

kalau nak baca lebih tentang ni boleh la beli akhbar hari ni ye. nak baca online? boleh jugak tapi ceritanya sikit sangat. diaorang pun suruh korang beli kalau nak baca lebih-lebih. hahaha...

selamat sambung belajar ye SITI NURHALIZA!!!


my foot: teringin nak sambung buat masters. alahai... bilalah boleh sambung study agaknya?!

pic godek2 kat Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. hahahahaha....semangat datuk ct tuk sambung belajar tue baik...jadi kite sokong...amin...

    tuk tuan rumah... semoga dapat rezeki untuk sambung master... amin....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign