Fresh from the owner...

14 July 2011

Siapa pandai kukur kelapa dengan kelajuan maksimum? ^_^


generasi sekarang tahu tak apa ni? ini la yang diberi nama kukur kelapa. sekarang dah tak ada lagi dah kot. kalau ada pun kat muzium or kat kampung-kampung je. itu pun kalau ada lagi sebab orang sekarang ni kalau tak beli yang dah siap dalam paket, yang dah siap perah kat pasar... tak pun mesin sendiri kelapa tu. macam kat rumah ayah aku ni la.

kelapa dimesin sendiri. kalau tak ada kelapa baru la beli kat pasar. tapi masa zaman aku sekolah-sekolah dolu, mana ada mesin kelapa ni lagi. yang ada pun cuma kukur kelapa je. jadik kalau nak guna kelapa, kena la kukur. memang membina otot la kalau bab mengukur kelapa ni. especially kalau tiba je bulan puasa. memang mantap la.

penat jugak nak habiskan sebiji kelapa tu. hahaha... tapi aku merasa jugaklah guna kukur kelapa ni. memang sebijik tu makan masa sikit la. sekarang ni, kukur kelapa tu pun entah ke mana hilangnya. last guna kepala kukur tu patah. dihantar ke bangsal dan sekarang ni tak dapat dikesan ke mana menghilangnya benda tu. 

mungkin orang yang datang ambik besi buruk songlap sekali tanpa pengetahuna kami. sebabnya sebelum ni pernah jadik. dia orang songlap barang. padahal kita tak suruh pun dia carik besi buruk tu. senyap-senyap je dia orang pergi carik and ambik. memang tak berkat la apa yang dia orang dapat hari tu. cisss...!!!


my foot: saya jugak masih boleh kupas kelapa ye. kalau guna pisau lambat la sikit. guna alat yang macam gunting tu... cepat je siap. ngeeee...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. langsung tak tau guna..!![malu].. dan tak pernah sekali pon merase parut kelape sendiri.. cuma dolu2 kecik2 selalu tolong perah santan..tapi sekarang memang dah tak pernah..memanjang beLi yang dah siap segera..[sungguh tak elok kan].. huhu

    ReplyDelete
  2. x pandai sbb takut terkena kat tgn...huhuhu

    ReplyDelete
  3. zana x pernah guna.. hihihi.. selalu beli yg dh siap jer..

    ReplyDelete
  4. uishhhhhh ibu x leh guna menatang ni.. bkn diparutnya kelapa tu.. jari ni yg kene parut.. penah try dulu.. kene sekali serik.. hihihihihi

    ReplyDelete
  5. akak tau guna kt kg akak masih ada lagi menda alah nie.. best woo kukur kelapa pakai benda nie tp tak ler laju sangat sebab cepat lenguh hihi

    ReplyDelete
  6. umah qaseh ade hehe .. tapi skang dah makin reput , salu naik wat kuda

    ReplyDelete
  7. @ aTy _faRed~

    sekarang ni mesin dah ada. dah moden. tak payah nak penat2 kukur kelapa lagi dah.

    ReplyDelete
  8. @ Mama Gee

    tak pandai memang tak boleh guna...

    ReplyDelete
  9. @ aDieyZa

    sekarang ni semua mudah. tak payah nak perah2 tenaga lagi dah...

    ReplyDelete
  10. @ Salina@IbuAqil

    tak pandai memarut memang akan parut jari la jawabnya

    ReplyDelete
  11. @ JIVEBUMZ

    seronok kan sesekali dapat kukur kelapa guna benda alah tu. hehehe...

    ReplyDelete
  12. @ Qaseh dalia adelia

    simpan la. boleh tunjuk kat anak cucu nanti. khazanah tu...

    ReplyDelete
  13. dulu mak ada simpan pastu ntah mana hilangnya. MIA kot hehehehe sebab banyak kali pindah :) pernah disuruh kukur tapi lambat ya amattt.. sekarang asyik guna yang dalam kotak. cepat dan mudah simpan hihii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign