Fresh from the owner...

25 July 2011

Ramadhan sudah hampir tiba. Sudah berada di penjuru simpang...


pejan celik pejam celik dah nak masuk Ogos. bermakna Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. tak sampai seminggu pun lagi. rasanya jugak, first day puasa aku dengan anak-anak je la sebab encik suami tak balik. dia akan duduk sorang-sorang je kat Johor tu. keadaan mungkin sunyi buat encik suami sebab tak ada anak-anak. nak kata apa lagi. ada benda yang kami kena korbankan untuk dapatkan sesuatu yang lain.

aku dah boleh rasa aura-aura Ramadhan ni. nak terawih memang tak dapat punya. kalau dapat buat sendiri pun satu kesyukuran. anak-anak kecik lagi. especially Azfar yang still breastfeeding. macam mana nak pergi terawih? last aku pergi terawih masa pregnantkan si Alya. seronok jugak sebab pergi dengan encik suami. sama-sama mohon rahmat Ilahi.

seronok pergi terawih ni. masa zaman aku belajar dulu memang aku rajin jugak pergi terawih. masa tu surau dekat. kat belakang hostel je. best duduk situ. aku suka duduk dekat dengan surau or masjid. tenang je. bila pindah hostel, solat terawih buat kawasan lapang hostel siswi. time ni dah malas sikit. mungkin feel tak sama dengan feel solat kat surau kot. memilih betul. nak buat ibadat pun memilih jugak. huhuhu...

masa solat berimamkan siswa sorang ni, berlaku la kesilapan yang mungkin tak disengajakan. tapi masalahnya makmum lelaki macam ikut je imam. kami area perempuan ni start solat sendiri dah sebab imam tertinggal satu rakaat. macam mana tu? imam pun salah daa...

tapi betul la... kalau kita muhasabah diri di bulan yang mulia ni, kita pasti rasa tenang. bulan Ramadhan ni bulan menyucikan diri dan hati. sebab dalam bulan ni semuanya battle within us. tak ada gangguan daripada makhluk-makhluk lain. kita je la makhluk-makhluk tu. tapi dalam pada tu, tak ramai jugak nak muhasabah diri. masa tu baru kita tahu... nafsu dalam diri kita ni lebih bahaya daripada devils and demons kan?


Bulan Ramadhan pintu neraka di tutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan



my foot: insafi diri dan maafkanlah sesama kita!!!

pic godek2 kat Google Image 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. dekat dah datan ramadhan.. jum rebut peluang puasa sunat dulu :)

    ReplyDelete
  2. @Ardini Humaira

    pada yang berkesempatan tu boleh la puasa sunat kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign