Fresh from the owner...

27 July 2011

Puteri Sarah Liyana buat laporan polis...



KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.

Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya. 

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.

Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.



berkias-kias pulak la paper ni. kalau nak berkias jangan la sebut nama drama. kan orang dah tahu jugak siapa dia. ngeee... apa yang pasti, benda-benda macam ni la orang akan kata publisiti murahan. betul kan? tu la nak buat sangat kejutan. kan dah terkejut besar dek perbuatan boyfriendnya. hmmm...



my foot: macam-macam hal la dia orang ni.

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. dah terkezut beruk dah tu...akekeke...derang ni memang intim kan..sampai ade kunci umah gitu...isk isk... :|

    ReplyDelete
  2. Alahai!! Deme lg.. Lg2 deme.. Isk Isk Isk!!!

    ReplyDelete
  3. adeh eh..mcm2 hal la diorang ni..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign