Fresh from the owner...

23 July 2011

Persalinan Memey RM7.2 juta... Hebat kan?




KUALA LUMPUR, 21 Julai - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya.

Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.


baca ni dalam akhbar atas talian, blog dan jugak forum. okaylah... dengan kontroversi yang tak berkesudahan tu dapat la jugak dia orang ni penaja untuk wedding dia orang nanti. tak payah nak sakit-sakit kepala nak carik duit nak beli ke sewa baju kawen. dah ditaja. mahal pulak tu.

ramai jugak yang mengutuk dan mengata si Memey. macam-macamlah. apa yang dia orang buat, itu antara dia dengan Allah. kita nak sibuk lebih-lebih pun buat apa? buat tambah dosa je. hahaha... biarlah kalau perkahwinan tu akan jadik wedding of the year sekalipun. bukan tempiasnya kita yang dapat. kalau dapat tu sedap la jugak.

apa-apa pun... harap bahagia la hendaknya. bila wedding grand sangat takut end up sebaliknya sebab dunia artis begitulah. yang low profile je maintain. tapi bukan kita yang tentukan semua tu. Allah jualah penentu segalanya.



my foot: baju Memey saja cecah RM7.2 juta. baju Norman? tak ada hiasan mutiara jugak ke? ^_^ 

story credited to the sources



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign