Fresh from the owner...

08 July 2011

Pernah tak kita terfikir kalaulah kita kahwin dengan orang tu...


sesekali terlintas jugak dalam fikiran kan? aku tak tahulah orang lain. tapi aku ada la terfikir pasal tu kalau dok sorang-sorang ke tengah tension gila-gila or tengok pics zaman dolu-dolu. kalaulah aku kawin dengan orang ni, macam manalah rupanya keadaan aku sekarang. serupa dengan sekarang ni ke? bertambah baik or bertambah buruk?

perjalanan hidup kita ni dah ditentukan. tapi yang memilih baik dan buruk kitalah. kata dah ditentukan. tapi ada pulak pilihan baik dengan buruk. ye la... DIA dah tentukan perjalanan kita sehingga sampai ke dua persimpangan. kat situ DIA beri kita pilihan ikut simpang mana yang kita nak. DIA dah sediakan jalan tapi kita la yang kena pandai pilih kan? betul tak?


dolu-dolu sebelum kawin, kita mesti ada suka kat orang kan? tak kira la sama ada sempat berchenta atau just a little crushed. tapi bila terjumpa semula dengan orang tu and tengok keadaan semasa dia macam mana... mungkin jugak terdetik dalam hati: 

"Kalau la aku kawin dengan dia ni, mesti hidup aku..."

hah, sambung la! sambung la. hahaha... saja-saja je tu. tension awal-awal pagi tak boleh nak tidur. siapa nak jawab, silalah jawab. tapi jangan simpan dalam hati pulak. nanti kata, "Eh... betul jugak apa dia cakap ek?!". jangan la macam tu. berdosa pulak nanti.

apa yang kita ada sekarang ni pun pemberian yang terbaik. sama ada kita berjaya atau gagal membina bahagia, itu perkara lain. sebabnya... kalau tak disebabkan kegagalan tu la, kita mungkin tak sekuat dan sehebat sekarang. ada sebab untuk setiap perkara dan kejadian yang berlaku tu. mungkin kita berjaya cari sebabnya. dan mungkin jugak tidak.

apa pun... bersyukurlah dengan apa yang kita ada. tak kiralah baik ataupun buruk!!!


my foot: kehidupan ni kadang-kadang adil pada sesetengah orang dan kadang-kadang tidak. cara DIA untuk melihat macam mana kita menghargai kehidupan kita itu sendiri dan macam mana kita nak menanganinya. betul?

pics godek2 di Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. susah nak cakap..sbb yg kawin pon belum tentu happy cerai sane cerai sini ni kan dengan bekas kekasih kite yg memang kite tak serasi nak bersama..


    Entri terkini : All day i do about sexs
    Entri sebelum :Sayang,bil air dah tertunggak ni.Bile nak bayar(18sx)
    Watch my video songs ^_^

    ReplyDelete
  2. @ Taufan Bin Ribut:

    itu la kan... tapi ada jugak yang bukan clashed sebab tak serasi. ada jugak yang clashed tapi still baik till the end. tapi semua tu atas pertimbangan masing-masing la.

    ReplyDelete
  3. susah nak ckap juga ni dear,sbb kalau tak crashed dgn ex bf dulu,i tak jumpa lelaki sebaik hubby i.so,i thankfull for him for that,sbb tinggalkan i..hehe..but,spt kata u juga,bila tension2,sendiri2..pikiran jauh melayang ke zaman dulu2..ada juga tpikir mcm tu.kalau la kawin dgn dia,bahagia ke tak..?pun masih tak jumpa jwpan nya..hehe.complicated kan..?

    ReplyDelete
  4. pernah jugak terfikir mcm tu .. tp cpt2 ingat pd en suami dan bersyukur serta redha terima dia seadanya :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign