Fresh from the owner...

31 July 2011

Mood saya di awang-awangan especially mengenangkan esok nak puasa...


alhamdulillah... puasa yang tertinggal tahun lepas pun dah habis berganti. dah boleh sambut ramadhan dengan tenang. pada siapa-siapa yang belum ganti atau ada baki puasa ganti tu, selamat membayar fidyah ye. kesimpulannya... ganti la puasa tu awal-awal. jangan tunggu hujung-hujung dekat-dekat nak puasa baru nak ganti. tak pasal-pasal tak berganti nanti.

hari ni last untuk makan siang. pada yang boleh berpuasa tu, dah-dah la mengelat tak nak puasa atas alasan gastrik la apa la. bukan lama mana pun. sebulan je. bukan puasa sia-sia. terkandung seribu satu macam rahmat dan kelebihan dalam bulan ramadhan ni. itu pun tak nak ambik peluang ke? rugi la... berkesempatan merebut apa yang sepatutnya, tapi kita rela la rebut benda lain yang belum tentu ada faedahnya.

first puasa tahun ni aku dengan anak-anak je tanpa encik suami sebab dia tak ada kat sini. tak tahu bila la dia boleh balik. encik suami pun ada cakap jugak... tak dapat nak puasa sama. nak buat macam mana. dugaan macam ni la eratkan kasih sayang kan? huhuhu...

apa-apa je la. hari ni nak masak apa ek? nak makan sedap-sedap la. apa la... macam la bulan puasa tak boleh makan sedap. rasanya bulan puasa la orang makan sedap-sedap berbanding bulan-bulan biasa kan? duit habis banyak pun bulan puasa jugak. betul tak? berbelanjalah dengan bijak. itu je la...



my foot: what to do?! itik patuk ayam menyudu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Selamat berpuasa ye dear.. IbuAqil pun thn ni baru msk thn kedua sambut ramdhan bersama ngan ayah aqil.. kalo idak sorang di perak sorang di rawang.. sabar je ler..

    ReplyDelete
  2. semalamat menyambut ramadhan semoga kite semua diberkati allah dibulan yg mulia ni...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign