Fresh from the owner...

01 July 2011

Kejap je dah Jumaat!!! Masa cepat betul 'berterbangan'...


sekarang ni pun dah masuk Julai. lepas tu Ogos dan kita pun puasa. sedar tak sedar masa berganjak pergi. selalunya kita sedar tapi buat-buat tak sedar kan? sepanjang tahun ni apa yang dah kita capai? apa yang dah kita buat? banyak ke amalan kita?

huhuhu... ingatan ni untuk aku sendiri sebenarnya. kita dibukakan dengan hakikat yang dunia ni dah menuju ke penghujungnya. banyak tanda-tanda yang terpapar depan mata. ada masa kita rasa takut je. ada masa kita macam tak kisah langsung. betul kan?

bila dunia ni bakal berakhir kita takkan tahu sebab tu rahsia Allah. lebih baik mati dulu daripada hadapi dunia akhir zaman. masa tu dugaan yang datang belum tentu mampu kita hadapi. yakin ke kita dengan kekuatan iman dan amal kita?  nak mati awal pun kena jugak siapkan diri sendiri dengan segala amal.

tapi tu la kita ni... manusia ni memang mudah lupa. bila jadik sesuatu baru la rasa insaf. itu pun kejap je. memang la tak semua orang macam tu. tapi yang insaf pun segelintir je. selebihnya? hanyut dengan dunia yang tak pernah menjanjikan apa-apa ni.

life kena balance between hidup atas muka bumi ni dengan yang bakal kita jejaki selama-lamanya di 'sana' nanti. hmmm... kena perbanyakkan amal. elak buat silap. kalau tak free-free je dapat dosa. tapi boleh ke? mesti ada silap jugaklah kat mana-mana pun kan? huhuhu...


my foot: sebelum tidur ingat mati. sempat ke tengok anak-anak besar? banyak manalah amalan yang aku ada sekarang? takutnya dengan seksaan yang Allah janjikan. bersedia ke kita?

pic godek2 kat Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign