Fresh from the owner...

25 July 2011

Kahwin oh!! Kahwin! Nyaris-nyaris kahwin tak jadi...


Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/8/2011
Tempoh : 2 bulan

PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…

5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin 


1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.


semua orang ada impian perkahwinan masing-masing. ada yang nak kahwin atas kapal, ala-ala taman, daripada sebesar-besar majlis kepada yang sesimple yang boleh. apa yang penting, restu keluarga dan rahmat Ilahi. memang kalau boleh kia nak perfect la bersempena dengan hari bahagia kita tu.

memang banyak dugaan nak kahwin. daripada kad sampai la ke mak andam... semua buat aku bengang. sebab mak andam saja buat aku nyaris-nyaris tak nak kahwin. menyesal aku ambik dia. tak dah tak ada pilihan, terima je la apa adanya. kalau nak cerita semua memang terlebih daripada 350 patah perkataan. tapi sanggup ke orang nak baca. ini pun dah terlebih. hahaha...

apa yang manisnya tentang perkahwinan aku ni bila encik suami nak jugak tunaikan impian aku yang satu tu. apa impian tu? ha... baca la dulu baru tahu. alhamdulillah, majlis kahwin berjalan dengan lancar walaupun ada yang tak seperti yang aku harapkan. tapi aku berterima kasih kat ayah aku sebab bersusah payah carik meja dengan kerusi untuk pengantin bersantap hari tu. harapkan mak andam... kelentong je lebih. duit nak bayar full tapi servis macam h***m. sampai sekarang pun rasa bengang je kat mak andam tu. huhuhu...

tapi nak jugak cerita pasal mak andam yang menyebabkan aku rasa macam tak nak kahwin je. masa ambik pakej dengan mak andam, apa je yang kita nak dia kata okay. tak ada masalah. tapi bila tiba harinya... dalam pakej tu ada set pelamin. tapi untuk ambik gambar je la sebab kami tak nak bersanding. buat apa bersanding pun. kerusi yang patutnya dia bagi kerusi satu yang panjang tu. yang boleh duduk dua orang terus. bila datang je, dia bawak dua kerusi. dia kata ada orang lain dah tempah. tak boleh called bagi tahu ke? make up? patutnya as natural as it can be. tapi tak jugak. serabut je aku. dia kata dah natural la tu walhal masa tunjuk contoh ada je yang natural daripada tu.

yang paling buat aku menyirap tahap sirap bila sampai kat meja makan beradap. masa aku tanya dia boleh sekali tak untuk meja pengantin, dia kata boleh. bila tiba harinya... dia kata dia cuma hias je. meja dengan kerusi dia tak sediakan. masa tu dah pukul 10 lebih. mana tak sakit hati. memang rasa macam nak halau mak andam tu pun ada jugak. orang yang tengok aku nangis sebab sakit hati pun mesti kata dia ni kena kahwin paksa ke. tapi ayah aku la pujuk. dia kata dia settlekan bab meja pengantin. argghhh... bengong punya mak andam. masa aku taip ni pun rasa macam nak sabotaj je kat mak andam tu. tapi tak baik la kan. benda dah lepas pun. majlis pun dah selamat dilangsungkan.

tapi yang paling menarik aku rasa...aku pergi konvo degree sku dengan status sebagai isteri dan encik suami temankan ayah aku kat dalam dewan tu sebagai menantu. aku bernasib baik sebab konvo tu sesi kedua. waktu petang. daripada Pahang bertolak ke Shah Alam seawal pagi. dan encik suami kata... dia dah tunaikan keinginan aku untuk konvo dengan dia datang sebagai suami. sebab tu dia gesa jugak untuk kahwin 26 Mei tu. alahai... terharunya aku!!! siapa yang boleh buat macam tu kat aku selain daripada dia? memang encik suami anugerah paling berharga daripada Allah SWT untuk aku. terima kasih sebab cuba untuk merealisasikan impian aku yang satu tu. dan itu hadiah perkahwinan terbaik daripada semua hadiah perkahwinan yang kami dapat.

pada sesiapa yang belum kahwin tu boleh la ke MyKahwin.my ye. ia sebuah direktori perkahwinan terbaik sebab ia menyediakan segala-galanya yang diperlukan oleh setiap bakal pengantin. semuanya ada kat sini. lengkap dan hanya di hujung jari anda sahaja.

sementara 1tradezone.my pula anda boleh Iklan segala barang-barang atau peralatan perkahwinan yang tidak pakai lagi untuk disewakan atau dijualkan kepada orang lain. dengan itu tak adalah berlaku pembaziran kat mana-mana sebab ada web yang boleh kita iklankan barang-barang yang kita ada.



p/s: moh le meriahkan contest anjuran ar-rifke.com ni. sempat lagi la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign