Fresh from the owner...

19 July 2011

Hari ini atau hari esok? Saya pun kurang pasti...


encik suami akan balik ke Johor seorang diri. mungkin hari ni atau esok. aku pun tak berapa pasti. semalam dia cakap nak balik malam nanti. anak-anak mesti nak ikut punya. tapi kalau dah malam, dia orang dah tidur. bila bangun mesti bertanya... mana la perginya abah.

kalau encik suami ke toilet and salah seorang daripada dia orang tersedar, mesti tanya la. setakat bertanya je la. bukan nak pun dengan abahnya. kalau siang-siang boleh la. malam waktu dengan ibu. confirm tak nak dengan abah. pujuk la macam mana pun. 

kadang-kadang naik pening jugak. tak cukup tangan nak melayan. hahaha... kalau terjaganya sorang demi sorang tak apalah jugak. ni kalau terjaga serentak dan semuanya tak nak abah. macam mana nak layan. tapi kalau dah namanya ibu tu, mesti buat sesuatu jugaklah kan?

ini first time la Azfar kena tinggal dengan encik suami. tak apalah. perginya pun untuk keluarga kecik ni jugak. harapannya agar semuanya berjalan lancar dan atas izin Allah juga adanya.



my foot: mendoakan yang terbaik untuk encik suami. ada hikmah jika gagal. itu juga kata-katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign