Fresh from the owner...

30 July 2011

Happy Birthday dear friend, IJA aka ADIK manja!!!


kita berkawan dah lama. ada pasang surut. ada masa berduka, kecewa, gembira, ketawa, tak bertegur sapa dan macam-macam rencah lagi ada dalam persahabatan kita selama lebih kurang 14 tahun ni. ada masa berutus letter surat le. tapi dah lama dah kita tak buat sebenarnya. kad raya pun kita dah lama tak kirim towards each other. 

kita kawen tahun yang sama cuma berbeza bulan je. dua daripada anak kita (ko memang ada dua je) lahir tahun yang sama, berbeza bulan jugak. aku tahu apa yang jadik antara kau dan dia. hahaha... hidup ni tak selalunya indah macam yang kita harapkan. ada masa gembira, ada masa terlebih dukanya. cuma pada kita untuk menentukan hala tuju hidup sendiri.

kita kenal masa sama-sama join TESL. banyak yang kita belajar bila jauh daripada keluarga. sesama kitalah untuk berkongsi setiap rasa. ingat lagi masa kita solat Maghrib kat surau Section 6? apa sengal la kita masa tu. hahaha... last-last kena solat maghrib semula.

masa aku kawen ko tak dapat datang. dan masa ko kawen pun aku tak dapat datang. tapi aku sentiasa mendoakan ko daripada kejauhan sebab ko SAHABAT aku. dan aku SAYANG ko. apa yang dah kita lalui bersama tu harta berharga yang kita takkan dapat di mana-mana.


today is your birthday... semoga kehidupanmu dilimpahi kebahagiaan hendaknya. dan semoga persahabatan kita berkekalan dan sentiasa di bawah lembayung kasihNYA. amin!!! terima kasih sebab sudi jadik SAHABAT aku walaupun aku tak kaya. erk?! hahaha...



my foot: macam ada kencang je bertiup nih. kurang-kurangkan le angin tu makcik oiii. ngeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign