Fresh from the owner...

30 July 2011

Especially dedicated to NUR ISMAHANI ALYA!!!



entri ini untuk Kak Long


birthday Kak Long dah lepas. 17 Feb 2011. dah berapa bulan pun kan? ibu memang nak buat satu entri khas untuk Kak Long masa birthday Kak Long tu hari la. tapi ibu alergik dengan komputer la. sepaten je Kak Long dengan adik Azfar. masa pregnantkan Kak Long pun ibu cukup alergik dengan komputer. dengan handphone jugak. sebab tu la entri ni terlewat berbulan-bulan.

birthday Kak Long tahun ni first time kita celebrate kat Pasir Gudang. tu pun sebab ikut abah. abah kan nak bukak simen kat tangan dengan pindah barang-barang daripada Kulai ke Pasir Gudang. masa on the way ke Pasir Gudang, ibu dengan abah ingat nak beli kek kat Secret Recipe. tapi bila fikir-fikir, beli masa nak balik Kulai nanti la. kat Pasir Gudang tak ada Secret Recipe. kat Kulai ada la.


sampai Kulai dah malam. Kak Long dengan Kak Ngah pulak dah penat. tak jadik la nak beli kek kat Secret Recipe. ended up beli kek kat Season, Pasir Gudang. kek tu pulak Kak Long yang pilih sendiri walhal ibu suka kek lain. dah Kak Long nak yang tu jugak, abah belikan je la.

ini jugak first time kita celebrate birthday Kak Long sesama kita je. sebelum ni pun sesama kita jugak tapi ada la cousins Kak Long sekali. kita pun bukan pernah buat birthday besar-besaran. tak buat pun tak apa. as long as we are together, itu dah cukup baik dan cukup manis untuk kita. pada ibu dengan abah macam tu la. tengok pada Kak Long pun sama.

ye la... Kak Long excited nak potong kek. kejap-kejap tanya bila boleh potong kek tu. Kak Ngah pun sama naik. macam la hari tu birthday dia. tapi kalau birthday Kak Ngah pun, Kak Long sama naik jugak nak potong kek adik.


birthday girl yang excited nak potong kek


lepas potong, memang comot la Kak Long dengan Kak Ngah makan. tapi ibu tak kisah. janji Kak Long happy. orang kedai tu dah cakap, kek yang Kak Long pilih tu kek sponge. yang ibu nak tu choc moist. alahai... kalau sponge ni ibu kureng la sikit. hahaha... demand tak ibu padahal tu birthday Kak Long kan? suka hati Kak Long la nak pilih kek apa pun.

17 Feb 2011 tu genap la usia Kak Long 3 tahun. Kak Long dah besar. dah makin cerdik. banyak cakap tu memang daripada umur setahun lagi. ye la... Kak Long belajar bercakap dulu baru berjalan. apa yang ibu harapkan, Kak Long dengar kata dan jadik anak yang solehah. 

Kak Long memang anak yang baik. kadang-kadang uji jugak kesabaran ibu dengan abah sebab Kak Long manja mengalahkan Kak Ngah. tapi yang pasti, ibu dengan abah dengan Kak Ngah jugak SAYANG Kak Long. Kak Long anak sulung dan permata hati ibu dengan abah yang pertama dan akan kekal jadik yang pertama. we LOVE you so much dear!!!






my foot: anak-anak dilahirkan seputih kain. bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorakkannya. hitam coraknya, hitamlah si kecil kita itu. jadi ibu bapa yang baiklah kita hendaknya. amiiiinnn!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign