Fresh from the owner...

05 July 2011

Bila bantal tidak aku harapkan lagi. Huhuhu...


Azfar malam ni kurang lena sikit tidurnya. tak tahulah sebab apa. mungkin sebab nak beralih bulan nak masuk ke usia 2 bulan. nak kata kembung... alhadulillah, my kids tak ada yang kembung. angin pasang? tak ada. tapi badan dia suam-suam sikit. tak demam sebab dah check suhunya. ujian untuk me and encik suami la ni.

ada anak kecik maknanya kena sacrifice banyak benda. less sleep, less time for oneself... betul la tu. tidur memang antara benda yang paling kurang dapat. especially kalau ada anak kecik and a baby. tapi tu semua nikmat yang Allah beri. orang lain belum tentu dapat rasa semua tu kan? 

tak adalah aku nak merungut sebab tidur tak cukup ke apa ke. selama ada Alya dengan Anis pun macam tu jugak. mana ada tidur cukup sangat. tapi okay je. cuma jangan sebab anak-anak kita bagi alasan tak boleh itu dan ini. tapi aku memang tak berapa boleh nak buat itu dan ini dengan si Azfar. sebabnya? dia macam Alya. suka tidur atas badan dan atas pangkuan.


letak je atas tilam, tidurnya kejap sangat. bila pegang or letak atas badan... confirm tidur lena and lama. memang menurun perangai Kak Long dia. Anis independent. tak suka tidur atas badan. kata orang, anak yang lahir malam ni sejuk. betul la kot.

Alya lahir petang. dominant. keras kepala. oh, ya! dia ada ekor cicak macam encik suami dan encik suami kata degil macam dia jugak. betul la tu. hahaha... Anis lahir malam. independent sebab dia tak berapa nak pedulikan orang. pandai ambik hati. Azfar je tak tahu lagi fiilnya macam mana. tapi setakat ni, alhamdulillah... anak-anak sihat dan pintar. 

aku tak mintak lebih pun. walaupun kadang-kadang apa yang ada tu tak cukup tapi aku tahu DIA dah tentukan jalan untuk kita. pandai-pandai kita la menentukan hala tujunya. rezeki anak-anak tu sentiasa ada. aku percaya tu. dan aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan?


my foot: harap-harap jadik anak-anak yang soleh dan solehah la dia orang bila besar nanti.doa ibu bapa sentiasa mengiringi dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. amiiiin!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. betul tu,doa kita sentiasa mengiringi setiap langkah mereka..

    ReplyDelete
  2. insya Allah baik2 semuanya :)

    ReplyDelete
  3. saya pun anis..tapi lahir waktu pagi.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign