Fresh from the owner...

21 July 2011

Bila Azfar pulak demam...


Alya dengan Anis dah baik daripada demam. tapi kalau melibatkan batuk dengan flu, Anis akan ambik masa untuk recover. memang lambat. terutamanya flu. belum lagi dia pulih daripada flu dengan batuk, Azfar pulak demam malam ni.

instinct ibu ni lain sikit. aku dah rasa Azfar ni tak sihat a day before. meaning, yesterday la. hari ni dia tak tunjukkan sangat tanda-tanda nak demam tapi bila dia start meragam nak tidur petang tadi, aku dah agak. mesti ada benda yang tak kena.

tadi bila dia terjaga, rasa badan dia macam panas sikit. aku check suhu... 37.8. hmmm... aku basah kepala dia. tuala basah pun aku letak jugak kat kepala. sekarang dia tengah tidur dan aku update blog. macam tak reti nak tidur time anak kecik tu tidur. hahaha...

ye la... bila dia terjaga nanti baru la mata aku sama naik nak tidur. selalunya macam tu la. time boleh tidur tak nak tidur. bila anak dah jaga baru la sibuk-sibuk nak tidur. huhuhu... Azfar aku dah selimutkan dengan baju encik suami. baju yang biasa encik suami pakai aku dah 'ter'basuh tanpa sengaja. bila dah basuh baru teringat kat Azfar. alahai...

mujur jugak baju solat encik suami tu ada. so guna baju tu je la buat selimutkan si Azfar. mungkin he misses his father. sebab lepas je encik suami balik Johor, baru la dia nak demam. padahal masa encik suami ada dia okay-okay je. hmmm...



my foot: encik suami belum tahu yang anak terunanya demam. belum nak bagi tahu lagi sebab dia tengah tengok bola. nanti spoil mood dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign