Fresh from the owner...

26 July 2011

Bila Alya berkata-kata...


tahun ni durian tak berapa nak menjadi kat rumah aku ni. tupai dok kebas je. pagi-pagi kena halau tupai dulu. masa aku pregnantkan Anis, durian tengah lebat berbuah. tu yang berat naik sampai 3kg tu dalam masa sebulan. banyak makan durian. last-last disuruh minum air gula. ayark!!!

Alya dengan Anis suka makan durian. tadi ayah aku bawak balik sebiji. pangsa yang diberi ayah aku tu memang ada 3 ulas durian. untuk aku satu, Anis satu dan Alya satu. bila aku panggil Alya suruh ambik durian, tahu dia cakap apa?


"Kak Long tak suka makan durian!" 

erk? sejak bila tak suka? kejap lagi aku dengar suara dia yang tengah tengok kartun tu bercakap dari dalam rumah. aku tentunya kat dapur.

"Kak Long tak suka durian Tok Abah bagi. Kak Long suka durian Abah bukak."

okay! sebelum abahnya balik Johor, bab makan durian, dia orang memang makan dengan encik suami. nak durian, encik suami cari. encik suami jugak yang kupaskan. sampai tahap macam tu sekali Alya. aku sms encik suami bagi tahu fiil anak daranya tu.

as a father, aku tahu la dia sedih. ye la... dia tak ada. anak-anak pulak dok carik je dia. walaupun kadang-kadang dia garang jugak dengan anak-anak tapi berbanding aku dengan dia, garang lagi aku. hahaha... encik suami kejap je marahnya. kalau time dia melayan... memang dia melayan sungguh-sungguh. tu pasal anak-anak manja dengan dia. dengan aku pun anak-anak manja jugak.

lagi pulak siang kan waktu dia orang dengan the father. memang mencari abah la budak-budak ni. tapi nak buat macam mana. encik suami di sana dan aku di sini pun sebab anak-anak jugak. dah ini bahagian kami. kami terima seadanya.


my foot: hidup ni kadang-kadang sukar. tapi akan ada manisnya di penghujung jalan nanti. aku percaya tu!

pic durian godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign