Fresh from the owner...

02 July 2011

Betul ke? Entahlah...



meet an old friend masa bawak Anis dengan Azfar ke OPD on wednesday. lepas letak kad and dapat nombor giliran, kami kena ke bilik saringan. nak checked whether the kids demam ke apa ke. kat dalam bilik saringan tu je dah ada kawan aku sorang. kawan sekolah menengah. aku tau dia dah jadik misi dah lama. baru-baru ni (tak la baru mana pun)... dia bersalin and dapat baby girl. kiranya sepasang la anak dia.

tapi yang aku nak cerita bukan yang ni pun. kawan aku si misi ni bagitau ada jumpa tak kawan kita orang sorang lagi kat luar. aku kata tak sebab aku tak perasankan sesiapa pun kat luar tu. bila dah siap buat saringan, kena tunggu turn nak masuk bilik mana. sama ada jumpa doc or MA. masa menunggu tu la aku nampak kawan aku ni.

dari jauh main bahasa isyarat je. encik suami dok tengok-tengok aku ni bercakap dengan siapa. aku cakap la kawan lama masa sekolah. lastly dia datang dok sebelah aku. wah... kawan-kawan aku ni makin montel. yang slim-slim pun dah tak slim. dah makin comel. aku jugak la macam ni. mengingatkan aku pada kata-kata SN yang sambut kelahiran Azfar:

"Dia ni keluar je baby perut terus kempis. Kalau saya, nampak macam ada baby lagi!"

even kawan aku (yang tak pernah jumpa dekat 14 tahun) tu pun cakap aku nampak lagi kurus daripada dulu. erk?! ye ke? makin kurus ke? entahlah... mungkin jugak kot. seluar saya pun dah longgar je pinggangnya. lepas bersalinkan Alya pun orang kata aku kurus. macam menderita je. cuma time Anis lain sikit sebab dia sakit. jadik bila hati sengsara, fizikal apatah lagi. tu pun paksa makan sebab nak bagi susu kat dia.

genetik aku kot macam tu. my sis ikut my father. chubby-chubby sikit lepas dapat anak. me followed my mom. itu my sis la yang cakap. entah betul entah tak, aku pun tak tahu. aku cerita dengan encik suami pasal apa yang member aku tu cakap. tau dia kata apa?

"Cakap la kat dia, suami saya tak kerja. Tak bagi makan la kat saya!"

ye la... suami saya tak kerja. tak ada duit. jadik saya nak makan apa? sebab tu saya kurus. hahaha... apa la encik suami ni. pening aku dibuatnya.


my foot: kurus ke gemuk ke tak penting. janji sihat. betul kan?

pic godek2 di Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. kak,bek akak cakap "laki saye memang pakse saye jogging tipa2 pagi sebab tu saye kurus" ok x?ok x?hahaha..^_^


    Entri terkini : entri ni aku taip dalam keadaan separa normal.
    Ebtri sebelum : Kehenseman aku terserlah bile berkaca mata ^_^

    Watch my video song!!

    ReplyDelete
  2. setuju...kesihatan tu penting....
    yg penting kita ada self confident...
    sbb cantik itu subjektif...
    asalkan suami kata ok...ok lah tu :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign