Fresh from the owner...

27 July 2011

Bertuahnya GSTT sekarang...


GSTT yang seramai 13 ribu orang tu kemungkinan besar akan diserap ke jawatan tetap jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. bertuahlah badan GSTT yang sedia ada sekarang tu ek? bukan mudah nak dapat kerja. pada sesiapa yang pernah tolak jawatan GSTT tu mesti kata rugi kan? tu la... siapa suruh tolak.


dulu aku pun pernah jadik GSTT. mula-mula dia hantar ke sekolah yang memakan masa lebih daripada setengah jam daripada tempat aku tinggal. dah la nak ke sekolah tu kena ambik bas pukul 6.45 pagi. itu je bas yang ada waktu pagi untuk ke kawasan tu. bila sampai je tepat-tepat pukul 7.30 pagi. kadang-kadang tu terlewat sikit. dah naik bas, bukannya kita bawak bas tu. selalunya aku sampai sekolah dengan students la.

bila sampai je dengar loceng berbunyi. hebat la cikgu ni. aku kena ajar subjek BI untuk form 3 dengan 5. kelas yang nak ambik exam ye. memang pening sebab sekolah tu dikira hulu-hulu jugak. aku pulak takde experience mengajar. itu la first time kena ajar budak-budak yang mana aku rasa aku sama je macam dia orang. masa tu la.

tapi bila nazir nak datang buat lawatan, dia orang mintak aku sediakan report and at the same time jadik guru panitia. mak aiii... besar gila jawatan. masa meeting aku dah naik pening-pening lalat nak menjawab soalan pengetua. sanggup ke aku? tapi setelah perbincangan bersama, dia orang decided untuk tukar aku ke sekolah lain. cikgu tetap kat sekolah tu kena transfered ke sekolah yang aku mengajar masa tu la. trade la.

pengetua kata kesian kat aku. tak ada experience dah nak kena mengadap nazir. buat program macam-macam. jadik biar la dia carik guru tetap untuk hadapi semua tu. hahaha... selamat den. ingat senang ke kerja panitia ni. jadik... aku mengajar kat sekolah tu pun cuma sebulan je before kena transfered ke sekolah lain. bagus jugak. at least budak-budak yang nak exam PMR dengan SPM tu dapat cikgu yang dah sedia mengajar sebelum ni. kalau tak kesian kat dia orang.

seronok pun ada jadik GSTT ni. masa tu muda lagi. students pun senang nak rapat dengan kita. senang nak bercerita macam-macam sampai kita pulak rasa bersalah. patut ke tak aku bagitahu guru displin apa yang budak ni dah buat. tapi kat sekolah yang aku baru ditukarkan tu, studentsnya especially kelas belakang-belakang memang ada masalah.

cikgu-cikgu macam malas nak masuk mengajar. itu yang kadang-kadang jadik kes budak ni kena itu dan ini. kelas belakang tak dapat sokongan. dia orang memang out la. kesian. tapi itu la realiti sepanjang setahun aku jadik GSTT. walaupun dia orang nak sambung kontrak tapi masa tu aku dah dapat tawaran masuk U. jadik terpaksa la tolak. huhuhu...



my foot: yang bestnya... students tak lupakan kita walaupun dah 3-4 tahun kita tinggalkan bidang tu. hmmm...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign