Fresh from the owner...

15 July 2011

Banyak cerita yang saya nak bagi tahu kat anak-anak. Tapi larat ke saya nak taip satu-satu?


tajuk saja dah cukup nak ceritakan pasal entri ni. bila baca blog mommies or mommy-to-be, teringat pulak zaman aku bawak si kecik 3 orang ni. yang mencabar sikit time bawak Azfar la. selalu sangat sakit belakang. area tulang belakang. bila dah sakit, memang tak senang duduk dengan baring la. serba-serbi tak kena.


balik daripada Johor lepas encik suami bukak simen kat tangan sebab eksiden, aku demam boleh tahan la. sakit belakang punya pasal. nak bangun pun tak berapa nak boleh. memang perit la bawak si mamat kecik ni. encik suami pun ada jugak cakap, "Cukup la tiga orang je!" eh, cukup ke?! kata nak ramai. hahaha... aku tanya dia, confirm ke tiga orang je.

dia cakap dia kesian kat aku. sakit je memanjang. tapi dia kata aku beruntung sebab kerja dengan Allah indirectly. lahirkan hambaNYA tu bukan kerja senang. nak bawak 9 bulan 10 hari (ada yang kurang, ada yang lebih), sakit bersalin lagi... hebatnya kita orang perempuan kan? lelaki pun tak boleh nak buat semua tu.

tambahan pulak masa pregnantkan dia, aku awal-awal lagi dah tahu dan rasa yang aku pregnant. tak payah check guna pregnancy test pun. tapi sebab nak sedapkan hati sendiri, buat jugak la ujian tu. to make sure benda tu betul la. tu pun after 2 weeks berlalu.

check-up kali ni buat kat private sebab timing. dengan anak-anak kecik yang selalu nak ikut ke mana aku pergi tu, susah jugak nak bawak ke klinik kalau check-up. tu belum kira masa menunggu yang bukannya kejap-kejap. budak-budak kalau dah lama sangat kat KKIA confirm bosan. mula la nak keluar angin-angin yang tak berapa nak elok tu. hahaha...

tapi private ni pulak tak sedetail KKIA time check-up. macam buat cincai-cincai je. lagi pulak masa tu aku selalu jugak ikut encik suami berjalan-jalan. kalau ke KKIA ni kena ikut time and date. dengan private, suka hati kita je la nak pergi bila pun. teruk perangai kan?

setiap anak-anak yang kita kandung tu memang berbeza la alahannya or sakitnya. tapi kita patut bersyukur sebab ada peluang untuk rasa semua ni. tak kisah la sakit macam mana pun kan... orang yang tak dapat peluang tu tak dapat rasa semua ni. alhamdulillah, aku memang bersyukur. pada yang belum diberi peluang tu, insyaAllah... ada rezeki. semua tu atas kehendak Ilahi. kita kena reda dan sabar sebab sabar tu hasilnya pasti manis nanti.



my foot: macam aku dengan encik suami yang sabar hadapi dugaan hidup kami sekarang ni.

pic godek2 di Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign