Fresh from the owner...

22 July 2011

Alahai...!!! Ini anak-anak punya cerita.


pening jugak melayan karenah anak-anak ni. macam-macam ada. kadang-kadang tu naik angin jugak. tapi bila ada yang berbunyi mintak abah, alahai... sedih pulak. mana nak carik abah sayang. kalau abah ada depan mata, semua buat tak tahu je dengan abah. bila abah tak ada, mencari la pulak.

Alya dengan Anis, dua-dua carik abah. manja budak dua orang ni dengan abah sebenarnya. cuma abah garang sikit. tu kata Alya. tapi itu la orang yang dia orang carik waktu siang. nak berdukung la... nak apa-apa carik abah. tapi untuk dapatkan sesuatu kita kena korbankan sesuatu.

tengah hari tadi, Alya kemalangan. kebetulan aku baru je masuk bilik nak ambik Azfar. aku tinggalkan Azfar yang tidur dalam bilik. tapi aku tahu si kecik tu mesti tidur sekejap je. tak sampai lima minit aku tinggalkan Alya yang tadinya tengok tv, aku dengar suara dia... "Nak ibu je!" pesal pulak ni?


aku keluar daripada bilik tengok my sis tengah dukung dia. my sis cakap kaki Alya luka. aku jangkakan luka kecik je. tapi terbelah panjang jugak. luka dalam sampai nampak isi. aku rasa kalau bawak ke hospital mahu dijahitnya luka tu. tapi Alya tak nak pergi. budak besar tu kalau jahit pun mesti jahit hidup. alahai... sakit tu!

aku tawakal je. dengan baca Al-Fatihah... aku sapu gel gamat kat luka dia tu. insyaAllah, atas izinNYA jugak. DIA bagi sakit, DIA juga yang sembuhkan. Alya dah nangis-nangis bukan main lagi. dia nak abah. so, aku called encik suami bagitahu pasal kemalangan tu. kalau ada dia, keadaan mungkin akan jadik lain sikit. dia kan tok bomoh hero kami. hehehe...

Alya cakap dengan the father. lepas cakap, aku tanya dia nak abah nak buat apa? dia cakap, "Nak abah la... nak abah balik!" aku tahu encik suami mesti susah hati. dia ada cakap nak balik je sebab anak-anak carik dia. tapi aku kata tak payahlah. settlekan apa yang patut dia settlekan. anak-anak aku jaga la kat sini. encik suami bukan boleh dengar suara anak-anak menangis. meronta-ronta hati nak balik.

luka kat kaki Alya tu sebab dia terpijak serpihan tong sampah. benda alah tu tajam. dia kata dia nak lompat turun dari sofa, terkena benda alah tu. ada la cousins dia main lepas tu letak kat situ je. si minah kecik ni bukan boleh duduk diam. tu pasal jadik macam tu. harap-harap luka dia sembuh la dengan gel gamat tu.

lepas balut luka dan dia dapat susu... tak lama pun lepas tu, dah boleh melompat dengan main kejar-kejar lagi. dok berjalan je ke sana-sini. tak boleh nak duduk diam. tidur la buatkan anak-anak ni tenang. kalau tak meragam je masing-masing. huhuhu...



my foot: masa aku sakit dulu pun aku guna gel gamat house of healin. alhamdulillah... baik jugak adanya. nanti aku cerita pasal tu ek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign