Fresh from the owner...

04 July 2011

18sx: Kisah janda yang kehausan...



Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun okay. macam anak dara, kira bergetah giler ah.

sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya berasa sangat-sangat kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya. lebih-lebih lagi di waktu malam hari… rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.

pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi… Hasnah bangun dari tidurnya. badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali… Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur… langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya. 

setibanya di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk lalu Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut… Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.


my foot: hahaha... ingat apa tu weh?!

pic godek2 di Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign