Fresh from the owner...

14 July 2011

10 Makanan Anti Kolesterol! Part 1...


makan tu makan jugak tapi ada kalanya kena ambik berat tentang apa yang kita makan. kat sini aku senaraikan lima je dulu makanan anti kolesterol tu. ambik masa untuk mengetahui apa yang kita makan sebab ia menentukan hidup kita sihat atau tak di masa akan datang...


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 


2. KUACI 
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING 
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan. 

5. IKAN TUNA 
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.



my foot: ikan tuna aku makan. tapi kalau ikan tuna dalam tin tu memang aku tak makan. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. baru tau yang org kurus pun ada kolestrol. selalu ingat yg gemuk2 je bermasalah. salah info rupanya selama ni hihihihihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign