Fresh from the owner...

18 June 2011

Semua nak merasa naik ambulans ek?!



macam yang aku dah cerita before this, hari nak deliveredkan Azfar, encik suami called ambulans around 7.15am. aku bagitau dia pasal contraction yang aku rasa pun lepas solat subuh. tu pun aku cakap aku tak tahu sama ada rasa tu sebab sakit nak bersalin ke or memang sakit yang biasa aku rasa. macam kelakar la pulak sebab tak tahu sakit bersalin macam mana. hahaha…

tapi yang pasti, aku memang kerap sangat le masuk tandas. takut jugak sebenarnya. mana la tau tiba-tiba bersalin dalam tandas. tak ke kes naya. anak dah nak masuk 3 pun tak tahu lagi macam mana sakit bersalin? hellloooo… anak memang nak masuk 3 tapi anak yang baru ni memang lain sikit. 

his sisters masa nak bersalinkan dia orang, air ketuban pecah dulu. tak rasa sakit pun. started rasa sakit lepas 2-3jam air ketuban pecah. lepas tu baru la sakit yang tak boleh nak cakap. tapi Alhamdulillah… kejap je dah keluar umat Muhammad. kalau yang baru ni rasa sakit dulu. tak ada tanda langsung. tapi sebab contraction tu makin kerap, called jugak la ambulans. 

sampai hospital je dah buka jalan 8cm. terus hantar ke labour room. duduk kejap je dalam tu. sama jugak la macam his sisters. bezanya, si kakak-kakaknya lahir premature. masa Alya, daripada Hospital Dungun dihantar ke HSNZ dengan ambulans sebab Dungun tak ada specialist untuk kids and tak ada kepakaran untuk sambut premature baby. Anis pun sama. Hospital Pekan hantar ke HTAA atas alasan yang sama. naik ambulans jugak. Azfar pun nak merasa jugak macam kakak-kakaknya. 

kalau masa Alya dengan Anis, dia orang duduk kat wad SCN sebab lahir premature. aku sempat tengok kejap je la. masa lahir tu je. lepas tu the next day baru boleh tengok and pegang. time Azfar ni lain la pulak. bukan setakat pegang… siap letak atas badan lagi. beza la lahir premature dengan cukup bulan ni. tak kisah la semua tu kan. janji selamat ye tak?! 


my foot: huhuhu… seronok jugak naik ambulans ni sebenarnya. tak percaya cuba la call and naik sendiri. 

credit pic to Google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. anak sulong akak nama azfar..dah 26 thn umur dia sekarang.:)

    ReplyDelete
  2. pernah naik..hihihhi..siyes rasa macam mimpi je boleh pengsan waktu training dulu.so merasa la naik sekali..:P

    ReplyDelete
  3. anymz: dah besar anak akak ek...boleh jadik adik saya pun...ngeee...

    mummysyafie: macam mana boleh pengsan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign